26 November 2007.. Ahad..

Flight ke Hong Kong adalah pada 0750. Memandangkan perjalanan dari Hot Spring ke Beijing Capital International Airport Terminal 3 akan mengambil masa selama 1 jam, maka kami dikehendaki check-out dari Days Inn seawal jam 4.00 pagi. Mengantuknya.

Tiba-tiba, pada jam 4.00 pagi..

Tok! Tok! “Sudah bangunkah?” Ali mengetuk pintu!

Warghhh!!!! Both of us, Azilea & me overslept!! Cuak! Cuak!




Patut la overslept.. Mimpikan Disneyland Hong Kong.. Huhu..



Dengan barang yang masih belum dikemas. Dengan segala-galanya tidak teratur. Dalam masa 15 minit, kami berjaya ‘menyumbat’ segala-galanya ke dalam beg. Fuh!

Setibanya ke lobi hotel, hanya kami berdua yang masih belum check out. Sorry kawan-kawan! Hehe.




Hatiku tertinggal di Beijing.. Semoga bertemu lagi.. *sob3*



Akhirnya, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 1130 dan disambut oleh Mr Emil selaku pemandu pelancong.

Masa untuk bersukaria telah tiba!! Yahoo!!




Ayark! HK 650 ~ RM 325.. Nasib baik dah cover dalam pakej.. =p



Hong Kong Disneyland!! Here we go!!




Before Explorace @ Disneyland Hong Kong..



Selangkah ke sini umpama memasuki alam fantasi. Segala-galanya adalah ‘real’. Kami berada di dalam dunia kartun! Best!




Alam fantasi menjadi realiti..



Sedari langkah pertama hingga ke langkah terakhir di sini diisi dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang menakjubkan! Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Setiap satu permainan yang wujud di sini kami mencubanya. Pulang dengan keseronokan.




Dr Zul pun 'huhahuha' sepanjang trip.. Hehe..



Empat ‘land’ yang terdapat di sini berjaya diterokai dan dirasai:

Tomorrowland:
-Space Mountain. Best sangat2!
-Stitch Encounter




Sejurus sebelum Explorace dimulakan.. Lets go!!



Adventureland:
-Festival of the Lion King
-Rafts to Tarzan’s Treehouse
-Tarzan’s Treehouse
-Jungle River Cruise ~ abes basah kena sembur ngan gajah!



Sleeping Beauty Castle.. Its gonna be mine? Wah..


Fantasyland:
-Sleeping Beauty Caslte
-Mickey’s PhilharMagic
-The Golden Mickeys
-The Many Adventures of Winnie the Pooh


K.A.M.I di sekitar Snow White Grotto..


Main Street, USA
-Lupa sebab takde games kot.. Huu~

*Seminggu diperlukan untuk menghayati ‘dunia baru’ ini.. Semoga berpeluang ke Disneyland lagi.. =)




Sungguh sopan cara Disneyland 'menghalau' pengunjung..


*Disneyland akan ditutup selepas pertunjukan bunga api ini..



Tepat jam 8.00 malam, acara diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang sangat sangat sangat hebat dan mengasyikkan! Di ketika ini, seluruh lampu Hong Kong Disneyland akan dipadamkan. Hanya lampu-lampu malap yang dinyalakan. Sepanjang pertunjukan bunga api berlatar belakangkan Sleeping Beauty Castle, perkataan “Waaa.. Fuyyo.. Wahhh..” tidak pernah sunyi dari mulut kami. Kagum!

Seterusnya, menikmati makan malam di Shadowman Restaurant. Pelbagai masakan Melayu versi Hong Kong dihidangkan. Lazat tapi tekak sudah mulai merindui masakan Melayu asli. Loss of appetite already. =( Akhirnya, masa untuk tidur! Newton Palace Hotel yang agak tinggi dan dikelilingi bangunan-bangunan yang juga tinggi. Saya dan Azilea menginap di Tingkat 21. Fuh! Siap boleh tengok bumbung-bumbung bangunan lain.