25 November 2007.. Sabtu..

Selamat tinggal Huafu International Hotel. Terasa bagai baru semalam check-in.. Tup! Tup! Pagi ni dah check-out. *sob3*


Sebelum mengembara.. Kita makan dulu!!

Mari kita mulakan hari dengan pengalaman baru. Jom ke Perkampungan Kuno a.k.a Bandar Kuno. Perkampungan kuno ini merupakan sebuah perkampungan warisan yang terpelihara untuk dijadikan destinasi pelancongan. Rumah-rumah yang didiami adalah dibina dari batu-bata yang tidak bercat. Boleh dikatakan agak daif walaupun hakikatnya ia sememangnya ingin dikekalkan sebegitu. Kami dibawa mengelilingi sekitar perkampungan kuno dengan menaiki beca yang sangat laju dan agak berbahaya pemanduannya. Asyik menjerit ketakutan! Dirasakan seolah-olah menjelajahi kawasan rumah-rumah berkepadatan tinggi seperti dalam cerita-cerita Korea.


Barisan pengayuh beca yang bertauliah..



Me & Azilea.. Berselimut di atas beca.. Huu~


Next destination.. Academic Mission!! *skema jap*


Pusat Pembuatan Teh.. Dr Tea..



Gambar ini terpilih untuk mengisi ruang IPT MAJALAH REMAJA 1 Feb 2008

Bil 515.. Page 140.. *wink2*

Jom berkunjung ke Pusat Pembuatan Teh (Dr Tea). Kami diberi taklimat tentang pelbagai jenis teh yang mempunyai khasiat tersendiri dan diberi peluang untuk merasai sendiri pelbagai jenis teh yang terdapat di pusat tersebut. Antaranya ialah Oolong Tea yang berfungsi membantu melancarkan peredaran darah, Litchi Tea yang berfungsi membantu sistem penghadaman serta Puer Tea yang berfungsi merendahkan tahap kolesterol dan membantu menurunkan berat badan.




Di dalam bangunan Dr Tea.. Bersama Ms Pinky!


Mari bereksperimen bersama Pipee Boy! Hee~




Pipee Boy yang akan 'urinate' apabila suhu air sesuai untuk membuat teh.. *sensored!*


Seterusnya?

Destinasi terakhir di Kota Beijing.. Kedai Batu Permata yang diusahakan oleh rakyat Malaysia kelahiran Klang. Kami diberi taklimat tentang keaslian batu permata dan negara-negara yang menjadi sumber pengeluaran batu permata yang terbaik. *Dapat free jade setiap seorang. Thanks!* Keunikan Stadium Olimpik Beijing 2008 yang berbentuk seperti sarang burung dapat dilihat berdekatan dengan Kedai Batu Permata Olimpik ini.

Berlatar belakang Stadium Olimpik Beijing 2008..

Teringatkan satu peristiwa yang berlaku di sini. Sebaik sahaja keluar dari Kedai Batu Permata Olimpik ini, ada seorang datuk warga China yang sudah agak berusia menegur saya:

Atok: Ni Malijia? (Kamu Malaysia?) ~Hah sudah! Nak jawab apa ni..

Saya: Hao. Wo de jia zai Malijia. (Baik. Saya punya rumah di Malaysia) ~Kuang3!

Tanpa berfikir panjang.. Berdasarkan ilmu yang tak seberapa.. Hanya ini yang termampu.. Lalala..


Last but not least, SHOPPING! 4 jam diperuntukkan untuk membeli belah di Yashow Chowei.




Kali terakhir melihat mentari petang di Beijing..


Selepas menikmati makan malam, kami bertolak ke Pusat Ski di Hot Spring.




Makan.. Makan lagi.. Dan makan lagi..




Aik! Dah lap mulut? Makanan berlambak lagi ni..


Setibanya di Hot Spring..



“Gundik-gundik nggak boleh berada lama-lama di sini.”

~Ali, si pemandu pelancong berkata..~


Sumpah! Kami tak mampu bertahan lama dengan kesejukan salji yang tercipta. Menggigil! Usahkan nak main ski. Huk3.



Di kala suhu di bawah paras beku, photographer dah shaking!

Dan akhirnya, kami mendaftar masuk ke Days Inn. Tidur. Tidur. Tidur. *Sebab kat sini tiada tempat untuk merayau, hanyalah sebuah hotel di atas bukit yang sangat sangat sangat sejuukkkk!*



Nyte~