24 November 2007.. Jumaat..

Sedar tak sedar, sudah masuk hari keempat berada di Kota Beijing. Maka, esok adalah hari terakhir di Tanah Besar China. Hmm.

Walau apa pun, mulakan hari anda dengan ceria!! (“,)

Aktiviti pertama? Semestinya sarapan di Xinjiang Muslim Restaurant. Yummy! Tekak semakin menerima menu Chinese. Burp! Alhamdulillah.

Pengembaraan bermula..

Selangkah ke alam pemerintahan maharaja.. Forbidden City..

Gambar ini dimuatkan dalam MAJALAH REMAJA Keluaran 1 Feb 2008

Bil 515.. Page 140.. (>.<)//

Next Maharaja.. Ekekeke.. =p

Melangkah masuk ke dalam kawasan Forbidden City (Kota Larangan) umpama kembali ke zaman pemerintahan kuno yang diperintah oleh maharaja. Forbidden City merupakan satu kawasan istana yang mempunyai 999 buah bilik gundik-gundik yang dimiliki oleh maharaja. Sebuah kota lama yang sangat luas. Seni bina tradisional China masih utuh untuk dirasai. Setiap ceruk istana kuno dapat dijejaki. Pelbagai bilik diterokai. Pelbagai singgah sana dapat diamati. *Anda boleh sesat di dalam istana sekiranya berjalan sendirian! Huu~* Ingin turut sama menikmatinya? Tempat ini biasa dijadikan sebagai lokasi penggambaran cerita-cerita lama Cina, silakan menonton!

Bersebelahan Dataran Tian Aun Men.. Depan T.O.I.L.E.T.. =S

Keluar sahaja dari alam kuno, “Dataran Merdeka” muncul di retina mata. Dataran Merdeka? Serupa tapi tak sama. Dataran Tian Aun Men! Dataran yang luas. Perbarisan serta pelbagai acara rasmi biasa diadakan di sini. Kami tidak dibenarkan membuka banner program di sini. Hanya bergambar tanpa banner. Apa yang menarik, begitu ramai orang melihat kami bergambar di sini! Mereka juga beratur seperti mana kami, serta mengambil gambar kami juga! Popularkah kami? Huu~ Lawakss!

Eh! Back to our mission!

Entrance.. Farmasi Tong Reng Tang..

Bersama pharmacist.. *Dua dari kiri*

Herbs.. Eh! Pharmacognosy.. Ops! Herbs..


Farmasi Tong Reng Tang kami jelajahi. Sebagaimana lazimnya di China, ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian ubat-ubatan moden dan ubat-ubatan traditional (herba). Penimbangan herba masih lagi menggunakan sejenis alat seperti dacing, masih lagi menggunakan besi pemberat @ batu penimbang. Mantap! ‘Pharmacist’ di sini sememangnya mahir dan pakar dalam bidang herba seperti mana kita di Malaysia pakar dalam bidang ubat-ubatan moden. *Mereka sudah pasti cemerlang dalam bidang Pharmacognosy! Seperti Prof Jean Frederick Weber Faizal. Ops! Hehe.

Alhamdulillah selesai sudah Academic Mission untuk hari ini. Seterusnya, jalan-jalan lagi!! Yey3!

Di hadapan Pusat Mutiara Air Tawar..

Jom ke Pusat Mutiara Air Tawar. Kami didedahkan dengan segala proses melibatkan mutiara, sedari awal bagaimana kerang itu dikopek. Sebaik sahaja kerang dikopek, beberapa biji mutiara kelihatan ‘menyorok’ di balik ‘isi-isi’ kerang. Menarik.. Pelbagai aksesori yang diperbuat dari mutiara terdapat disini. Bukan sekadar itu, kami juga berpeluang mencuba alat-alat kosmetik yang diperbuat daripada mutiara. Membelinya? Lain kali ye.. =)


Seterusnya? Kita kembali ke zaman peperangan. Jom ke Terowong bawah tanah. Seram!! Terowong ini dibina sebagai jalan keluar sewaktu peperangan. Pelbagai ‘bilik tanpa pintu’ tersedia. Jangan terkejut, hospital pun ada dalam terowong ni.. Apa yang pasti, kami sentiasa menjerit. Hoho. Manakan tidak, sedang asyik berjalan dalam suasana malap.. Tiba-tiba.. Ayark!! Patung Askar China berdiri di sebelah anda! Cuak.. Jangan sesekali berjalan sendirian, anda berkemungkinan tidak bertemu jalan pulang. Ngee3! Tapi pelik, nun di hujung terowong, ada satu kedai yang menjual aksesori dan kain. Mahal. =S

*Kami dilarang bergambar di sini.. Tak tau kenapa.. Weee.. Lagipun gelap..*

Apa lagi yang tertinggal ek? Mm. Acara wajib setiap hari.. S.H.O.P.P.I.N.G!! Sunny Market.. Jom kita menderma..

..Friday Nite.. Saturday Nite..
.Nadia.Lisma.Farrah.Ain.Wirdiana.Fatimah.

Setibanya di hotel, seperti biasa.. Malam masih muda.. Hehe.. ‘Night Life’ mesti dihidupkan. Ops! Jangan fikir bukan-bukan. Setiap malam, selagi mana kedai di Kota Beijing masih belum ditutup, selagi itulah kami jelajah.

Lazat lagi menyelerakan.. Uwekss!

Setelah penat ‘berpeleseran’.. Sebelum tidur, kita makan dulu.. Kebab daging Cina Muslim di pasar malam di hadapan hotel, sedap! Para penjual semuanya memakai pakaian seragam putih seperti pelayan di hotel layaknya. Bersih. Fakta menarik tentang pasar malam ini ialah lampu akan ditutup secara automatic tepat jam 10.30 malam. Maka, dengan rasminya gerai-gerai ditutup. Apa yang menarik lagi, sebelum pulang, para penjual akan membasuh tapak gerai mereka menggunakan paip dan baldi yang tersimpan di bawah tanah. *Discover pada malam terakhir berada di Huafu International Hotel*