23 November 2007.. Khamis..

Hari ketiga di Kota Beijing bermula dengan senyuman!! (>.<)// Mulakan hari anda dengan sarapan!! Once again, Xinjiang Muslim Restaurant.. Here we go!!


Suka sangat mengabadikan kenangan bersama D.A.R.A


Lawatan rasmi ke Kedutaan Malaysia di Beijing disambut oleh Mr Mac Xu Zhen, Eksekutif Pemasaran Bahagian Akademik. Taklimat diberikan oleh setiausaha di Kedutaan Malaysia di Beijing, Madam Wong yang merangkumi maklumat-maklumat berkaitan tugas-tugas kedutaan serta pelajar-pelajar Malaysia di China. *Ada sesiapa berminat nak sambung study di China? Ngee3!* Kemudian, sesi soal jawab diadakan yang berkisar tentang persoalan mengenai sistem pendidikan, sistem perubatan dan kesihatan yang diaplikasikan di China. *berpura-pura skema jap kott*


Embassy of Malaysia, Beijing..

Bersama Mr Mac Xu Zhen, Eksekutif Pemasaran Bahagian Akademik

Eh Pak Guard! Berdiri pun boleh tidur eh? =p

Seterusnya.. Jalannnn!!

Jom jumpa ulat. Kami berkunjung ke kilang sutera. Kami didedahkan dari seawal proses pembiakan ulat sehinggalah penghasilan sutera. Apa yang menarik, kami diberi peluang “menarik beramai-ramai” jaringan “fiber” dari ulat untuk menghasilkan sutera. Hasilnya? Koyak!! Huu~ Fakta di kilang sutera yang berjaya diperoleh merangkumi kelebihan-kelebihan sutera kepada kesihatan pengguna. Bantal yang mengandungi tahi ulat sutera mampu menghalang sakit kepala. Selain daripada itu, kandungan amino asid yang tinggi dalam ulat sutera mampu menghalang sakit-sakit otot dan sendi.

Sutera.. Gambar skema jek..
Gambar tarik-tarik sutera tak dapat dikenalpasti.. =(

Kemudian.. Jalan lagi.. Hehe..

Tepat jam 11.40 pagi, kami dibawa mengunjungi Istana Musim Panas (The Summer Palace). Kami berpeluang menghayati keindahan sekitar Istana Musim Panas yang terletak bersebelahan tasik buatan yang sangat indah. Biarlah gambar yang berbicara.

Waa... Rindunya..
Memorial Archway, Summer Palace, Beijing



Ketenangan.. Kedamaian..

Tasik yang akan beku pada musim sejuk.. Weeee..

Tower of Buddhist Incense, Summer Palace, Beijing, China


Ops! Back to our “Academic Mission”.. Haisy!


Seterusnya, kami mengadakan lawatan akademik ke Pusat Pemulihan dan Penyelidikan Kedoktoran Tradisional China. Para peserta diberi taklimat oleh Dr Kee, anak kelahiran Kelantan (Proud to be Kelantanese! Ekeke..) dan telah lama berhijrah ke Beijing. Beliau memberi taklimat tentang fungsi sesuatu organ mengikut kaedah Yin dan Yang. Di sini, kami berpeluang mendapatkan khidmat urutan refleksologi selama lebih kurang 1 jam *best3!* dan pemeriksaan kesihatan berdasarkan denyutan nadi secara percuma.

Beijing Traditional Chinese Medicine
Health Preservation Research Center

Seterusnya? Shopping!! Sempat ‘menderma’ di Pasaraya Muslim Beijing. Seterusnya lagi? Enjoy!! Kami berpeluang menyaksikan persembahan akrobatik yang sangat hebat di Pusat Akrobatik. *Maaf, gambar-gambar "hebat" tidak dapat dikenalpasti. Hanya ini yang tersimpan*

Acrobatic..

Then.. Good Night! Huu~