22 November 2007.. Rabu..

Kawan-kawan.. Ingat tak kita ke mana? *thinking*

Buat pertama kalinya, di Tanah Besar China, perut diisi!!! Yummy3!


Xinjiang Muslim Restaurant, di belakang blok kedai “DARA”. Makan roti bakar kan? Dengan telur dadar version Beijing dan pelbagai lagi makanan ‘baru’ sebagai hidangan. Restoran ini menghasilkan produk teh dan kopi sendiri. Mantap! Siapa tak minum teh atau kopi? Hmm. Silakan jamu tekak anda dengan ‘High concentrated milk’. Memualkan. Akhirnya, kenyang perut senang hati!


Di sekitar DARA, sekitar Xinjiang Muslim Restaurant



"DARA" only.. Sorry Dr Zul!! =p


Bersedia untuk memulakan perjalanan..

Pusat Jed menjadi destinasi pertama di Kota Beijing. Pelbagai ukiran dapat disaksikan. Terpegun! Ukiran yang tidak terjangkau oleh fikiran. Hanya orang yang benar-benar pakar dapat mengukirnya. *Maaf, tidak dapat berkongsi gambar. Sumber gambar: External HDD sedikit bermasalah.* Perkara utama yang dipelajari di sini ialah tentang jed dari segi keasliannya dan didedahkan dengan teknik yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu jed itu asli ataupun palsu.



Pusat Jade, Beijing


Perjalanan diteruskan menuju ke Pusat Kristal. Ops! Academic Mission ke ni? Hehe. Di sini, kami dijelaskan tentang kebaikan menggunakan cermin mata yang diperbuat dari kristal. Pelbagai aksesori kristal dijual, hanya kami yang kurang mampu untuk membeli. Hmm.



Kristal: ~Kasih Ibu~


Tiba waktu tengahari, makanan diperlukan. Makanan jasmani serta makanan rohani. Itu sudah pasti. Kedua-dua jenis ‘makanan’ ini disediakan di tempat sama, The Cloissone Factory. Makanan yang sangat banyak, seolah-olah berada di majlis makan malam. Paling penting, sangat sedap! Solat jamak qasar Zuhur & Asar dilaksanakan di tempat sama memandangkan masuknya waktu Zuhur adalah pada 12.35 tengahari.



Lunch at The Cloissone Factory


Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba. Great Wall!! Seakan tidak percaya, Great Wall tersergam di depan mata. Wah! Kagum..


Sedikit berkabus..


Pendakian bermula dari Great Wall Badaling. Tembok Besar China dibina sepanjang 6.7 km di sepanjang bukit (layak dipanggil pergunungan rasanya). Kami diberi masa selama 2 jam untuk mendaki serta menuruni lembah yang tercipta. Berpeluh tapi sejuk! Bayangkanlah, dengan hanya memakai T-Shirt, saya dan sebahagian rakan-rakan berada di puncak bukit nun di puncak Great Wall China! Sesak nafas dibuatnya untuk bernafas dalam udara sejuk.


K .A.M.I @ G.R.E.A.T W.A.L.L C.H.I.N.A

Namun, tangga yang wujud dalam pelbagai saiz dan kecerunan terus dijejaki. Ada yang hanya setinggi sejengkal, ada juga sehingga he pangkal peha. Jenuh untuk orang ‘setinggi’ saya memerah keringat mendakinya. Curam? Usah dicerita. Gayat!






Us: From the other side..


Selamat tinggal Great Wall. Semoga berpeluang ke sana lagi. *Sob3*





~Menuruni lembah~


Kini, Academic Mission dimulakan! Lawatan rasmi ke Perusahaan Sains-Teknologi Farmaseutikal Bao Shu Tang. Perusahaan ini merupakan Pusat Perubatan Herba yang terkenal untuk perubatan luka terbakar. Wakil syarikat perusahaan melakukan demonstrasi dengan cara membakar tangannya dengan besi yang dipanaskan terlebih dahulu. Sejurus kemudian, beliau menyapu krim Baofuling pada luka terbakar tersebut dan hasilnya dapat dilihat dalam masa hanya 5 minit. Luka yang tadinya kehitaman bertukar menjadi kemerahan.

Pintu masuk Perusahaan Sains-Teknologi Farmaseutikal Bao Shu Tang

Selain dari krim, terdapat 3 lagi produk yang diperkenalkan bagi tujuan perubatan. Antaranya ialah kapsul minyak ikan yang berfungsi untuk merangsang perkembangan minda, ubat herba untuk merawat sinus dan koyok Shexiangzhuanggugao yang digunakan untuk menghilangkan sakit kepala serta sengal-sengal sendi. Koyok Shexiangzhuanggugao? Tupperware milik Azilea yang digunakan sekian lama untuk menyimpan koyok ini telah menjahanamkan Dark Chocolate Vochelle. Waa. =( *ada kisah di sebaliknya*

Tidak lengkap rasanya jika percutian tidak diisi dengan membeli-belah a.k.a shopping time!! Pasar Yeoshow menjadi mangsa pertama. Walaupun keadaan sudah mulai gelap, misi ‘menderma’ harus ditunaikan. Wintercoat yang bertanda harga 380 yuen (~RM 190) akhirnya berjaya dikurangkan sehingga 150 yuen (~RM 75)! Yes!! Puas hati setelah sakit kerongkong bertekak dengan penjual. =) Matahari menghilangkan diri dari Kota Beijing seawal jam 4.30 petang pada musim sejuk. Mana mungkin untuk kami masuk tidur seawal jam 4.30 petang? Maka, ‘night life’ diisikan dengan ‘berpeleseran’ di sekitar kawasan hotel yang sangat meriah sehingga jam 10.30 malam. Kepenatan mendaki Great Wall memaksa kami untuk tidur awal. Hmm.