Episod 3



Sekarang, saya masih lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Pada minggu ini (19-23 October 2009) saya ditempatkan di Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Department. Department dimana segala ubat berbahaya bagi mengubati cancer disediakan. Saya dan Faliyana akan membuat follow-up terhadap seorang patient yang menghidap Acute Myeloma Leukemia (AML).

Di sini saya kongsikan secara ringkas tentang AML:

Acute myeloid leukemia (AML), also known as acute myelogenous leukemia, is a cancer of the myeloid line of blood cells, characterized by the rapid growth of abnormal white blood cells that accumulate in the bone marrow and interfere with the production of normal blood cells. The symptoms of AML are caused by replacement of normal bone marrow with leukemic cells, which causes a drop in red blood cells, platelets, and normal white blood cells. These symptoms include fatigue, shortness of breath, easy bruising and bleeding, and increased risk of infection. As an acute leukemia, AML progresses rapidly and is typically fatal within weeks or months if left untreated.

Tiba-tiba saya terkenangkan salah seorang sahabat semasa Tingkatan 4 & 5, yang juga pernah menderita leukemia sehingga ke akhir hayat beliau.

Allayarham Saiful Asni bin Samsudin.. Pada pagi tanggal 18/10/2008, di kala usia baru mencecah 22 tahun, ajalnya tiba .. Hari ini, tanpa kusedari.. Sudah genap 1 tahun 3 hari kami kehilangannya..

Arwah menderita sejenis penyakit berkenaan darah, seingat saya; leukemia. Secara specific, saya tidak pasti. Arwah berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2003 di MRSM Kuala Krai,Kelantan. Seterusnya, arwah ke Kolej MARA Kulim, Kedah. Kemudian, arwah keluar dari matrikulasi pada semester kedua dan meneruskan perjuangan di UniKL di Melaka.

Namun, keadaan arwah semakin teruk barangkali. Pengajian ditangguhkan. Arwah seringkali ditahan di HUSM Kubang Kerian. Sempat juga saya meluangkan masa menziarahi arwah. Kali pertama saya melawat arwah, keadaanya agak jauh berubah. Semakin kurus dan rambut sudah mula gugur. Kesan chemotherapy.

Kali kedua saya menziarah, arwah berada dalam Isolation Room. Rambut boleh dikatakan hampir-hampir tiada. Kurus cengkung. Saya hanya mampu melihat arwah dari jauh, sekadar memandangnya tidur, sekadar mendoakan yang terbaik buatnya. Pada ketika itu, arwah sudah pun menjalani ‘Bone Marrow Transplant’ seingat saya.

Selepas beberapa bulan, saya menerima berita tentang pemergian arwah. Tiba masanya untuk arwah kembali menyahut seruan Ilahi. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun segala kenangan tetap segar di ingatan.

Seorang atlet lumba lari maktab. Laju sungguh lariannya!
Seorang ahli kumpulan nasyid maktab. Merdu sungguh suaranya!

Walau apa pun, yang sudah pergi tidak mungkin akan kembali lagi. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga dipertemukan kembali di alam sana, di Syurga Firdausi. InsyaAllah.

Al-Fatihah.


~21 October 2009~