Episod 2


Punctuality

Perjalanan menuju ke International Islamic University Malaysia (IIUM), Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang bermula seawal 5.35 pagi. Ini memandangkan kami dikehendaki tiba di Greenleaf Hotel, Kuantan selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.Solat Subuh ditunaikan di Petronas Bentong. Alhamdulillah, tepat jam 0910 kami selamat tiba di Greenleaf Hotel, Kuantan. Alangkah terkejutnya kami, bas IIUM telah pun bergerak ke kampus. Maka, kami terpaksa ke IIUM menaiki van UiTM. Aduyai. Betapa punctualnya perjalanan program. Huu~


Kalau Kuliyyah of Pharmacy (KOP) IIUM tu besar.. Fakulti Farmasi (FF) UiTM apa istilahnya? Ngee~

Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang committees of 1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009. Salah seorangnya adalah ‘Bro S’. Sejurus selepas menyelesaikan urusan pendaftaran, kami bergegas mencari toilet. ‘Bro S’ telah menunjukkan jalan untuk ke toilet. Kami sempat berbual-bual bersama ‘Bro S’.

Antaranya..

“Bangunan ni besar, sebab tu toilet jadi dok hujung-hujung camni” ‘Bro S’ menerangkan.

Pada saat itu juga terdetik di hati saya, “Kalau belum pernah ke UiTM Puncak Alam, jangan kata bangunan ni besar” ~Opss! Sorry ‘Bro S’. Ampun pak!

Setibanya di toilet, rupa-rupanya ada antara kami yang memikirkan perkara sama. Bermonolog sendirian.

Kesimpulan yang saya boleh nyatakan tentang perbezaan bangunan dan keluasan KOP IIUM vs FF UiTM Puncak Alam adalah:

UiTM Puncak Alam almost 5-7 kali ganda lebih besar dari IIUM Kuantan. Bangunan KOP IIUM Kuantan rasanya menyamai FF3 (Bangunan Makmal) FF UiTM Puncak Alam. Hakikatnya, kami mempunyai 5 blok: FF1 (Blok pentadbiran), FF2 (Kelas tutorial, makmal computer), FF3 (Makmal), FF4 (Dewan Kuliah) dan FF5 (Animal House). Begitulah FF UiTM Puncak Alam.

Maafkanlah andai diri ini khilaf mentafsir.

Niat untuk bercuti di IIUM Kuantan hancur berkecai..

Kami kemudiannya menyimpan barang-barang yang dibawa di Meeting Room. Fuh!! Tergugat mood untuk bercuti apabila melihat hampir keseluruhan wakil-wakil universiti sedang khusyuk manatap nota masing-masing. Kuss semangat!! Maka, kami berjalan-jalan di sekitar KOP. Huu~ Pemalas betul kot kami ni. Dah kata nak bercuti!

Gimik Opening Ceremony yang mantap!!

Rasanya terlalu panjang untuk diceritakan tentang gimik Opening Ceremony. Memang mantap ahh idea. Dan rasanya masih belum terlambat untuk memuji suara matured MC lelaki semasa majlis ini. Pronunciation penuh gaya.

Preliminary Round.. Terlunas hasrat.. Tercapai Impian..

Sejujurnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya sememangnya ada menaruh harapan untuk melanjutkan pelajaran di IIUM. Namun, sudah rezeki saya di UiTM. Syukur.

Tanggal 3 Oktober 2009, Allah memakbulkan cita-cita saya. Akhirnya, saya diberi peluang untuk menjadi “student of KOP, IIUM” for about 30 minutes. Hehe. Matrix No: 0600002 dan Seat No: 055. Huu~

Penampilan istimewa photographer dari Kelantan..

Malamnya, “The Garden Dinner” diadakan di lobby KOP IIUM. Sebelum sesi makan-makan bermula, ada seorang photographer KOP IIUM berkunjung ke meja kami. Sembang la sikit-sikit. Tiba-tiba..

“Eh, korang UiTM kan? Hari tu ada terbaca blog someone from UiTM. Dia cakap dia nak datang sini untuk quiz ni.”

Zapp!! Huh.. Adakah blog ini yang dimaksudkannya? Harap-harap tidak la ye. Aaaaa..


Bersambung…


Episod 3.. In progress.. Will be continued soon.. InsyaAllah..