Episod 5 (Episod Akhir)

Perpisahan hakiki menuju negeri abadi..


Akhirnya, tibalah ‘Grand Final RxQuiz 2009’ yang berlangsung di Auditorium KOP IIUM Kuantan. Mengenangkan kembali majlis ini, teringat pula gaya selamba moderator, Rostam.

Tampak serius namun selamba
Bro Rostam begitulah namanya
Segak bergaya petah berbicara
“Rostam is signing out” itulah trademarknya

p/s: Ketandusan idea untuk memikirkan kesimpulan untuk Mr Moderator ini.


Closing Ceremony diadakan sejurus selepas Grand Final. Gimik yang mantap!! Tapi sayangnya, tidak berpeluang melihat siapakah gerangan ‘Mr Mitte’ yang juga kami gelarkan ‘Helmet Guy’.


Liputan tentang “RxQuiz 2009” ini juga telah dibuat oleh Berita Harian, NST & RTM. Sila klik link di bawah untuk rujukan:


NST 30hb Sept 2009 (promo)
http://www.nst.com.my/articles/%2020ftra/Article/%20index_html

Berita Minggu 4 Oct 2009 (opening ceremony)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091003234514/Article/

NST 5 Oct 2009 (closing ceremony)
~Tak sempat nak cari link.. Maaf..~

p/s: Mr Pengarah (Azwadi Kamarudin), mohon copy link ni dari blog anda ye. =)


Detik waktu terus berlalu, tibalah saat perpisahan. Terasa sedikit sedih barangkali. Terima kasih kepada Amin Mansor yang menjadi photographer bagi “RxQuiz 2009” kerana meluangkan masa bagi merakamkan segala kenangan terindah sepanjang program berlangsung.

Setiap pertemuan sememangnya menjanjikan perpisahan..
Namun,
Setiap perpisahan tidak menjanjikan akan adanya pertemuan kembali..

Andai kita tidak berpeluang bersua lagi di alam fana ini, moga kita bertemu lagi di negeri abadi nanti. InsyaAllah.

Dengan itu, saya dengan rasminya melabuhkan tirai bagi Episod 5 yang mana merangkap Episod Akhir bagi Garden of IIUM.


~Sudah kekeringan idea untuk menukilkan segala pengalaman yang tercipta.~


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur RxQuiz 2009, juga kepada seluruh warga IIUM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menemani kehidupan ini. Jasa kalian amat bermakna buatku.

Infiniti terima kasih kepada keluargaku, terutamanya bonda tercinta atas segala jasa dan pengorbananmu.


Terima kasih semua. Hanya Allah mampu membalas segala sumbangan kalian. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah. Wassalam.


~TAMAT~