Episod 3

“Alphabetically order” telah memperkotak-katikkan perasaanku..

Pada pagi 4 October 2009, tibalah masa untuk mendengar pengumuman 8 teams yang layak ke Quarter Final. Dilaksanakan oleh Prof Tariq, Dekan Kuliyyah of Pharmacy, IIUM. Katanya, susunan nama-nama universiti yang layak yang akan diumumkan adalah mengikut “Alphabetically order”, bukannya mengikut markah yang berjaya dikumpul.

Debaran kian memuncak.

Seronoknya kalau..
Berjaya ke Quarter Final. Memandangkan saya dan rakan-rakan boleh dikatakan langsung tidak membuat persiapan untuk kuiz ini. Kehadiran kami ke IIUM Kuantan adalah untuk bercuti dan menenangkan fikiran sejurus sebelum memulakan sesi Clinical Attachment.

Tapi..

Malunya kalau..
Quarter Final pun tak layak. Teruk sangat kot jawab MCQ. Nasib baik semua peperiksaan kami di UiTM sememangnya dalam format True/False. Jawab macam biasa jelah.

Prof Tariq mula mengumumkan universiti-universiti yang layak.

IIUM Team A - dah agak dah pun..
IIUM Team B - menepati jangkaan jugak..
IMU Team A – Chinese.. Memang terer la kot..
IMU Team B – memang team Chinese jugak..

Then..

UKM Team A – Arghh!! Sudah "UK'. No more "Ui". Malunya UiTM tak lepas.
UKM Team B – Waaa! Sah! Confirm! UiTM tiada dalam senarai..

Sabar jelah..

Tiba-tiba, tanpa diduga..

UiTM Team A!! Wohoooo! Alhamdulillah..
UiTM Team B!!! Waaaaaaaa!! Team B juga? Lawak2! Alhamdulillah. Syukur..

At least boleh merasa pengalaman oral quiz. At least dapat masuk screen. Huu~

Aduyai. Apa punya “Alphabetically order” aaaa. Ni mesti click "Sort Alphabetically" dalam Microsoft Word. Ape daa.


Bersambung…

Episod 4.. Nantikan pelbagai kisah lawak sepanjang kuiz berlangsung.. Wakaka.. Stay tuned!!