Episod 4

Jumaat, 23 October 2009..

Presentation bagi case under Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Department mengakhiri tirai sesi Clinical Attachment hidup saya untuk semester ini.

Presentation: CDR Dept: AML

Punya la cuak nak present. Sebab Mr Loh (merangkap preceptor saya untuk CDR Dept) ada bersama. Fuh!! Nak luruh jantung. Biasanya beliau akan menggunakan sesi Q&A semaksima mungkin. Bertanya dan bertanya sehingga student tak mampu lagi untuk merungkai persoalan yang dikemukakan.

Namun, mungkin rezeki menyebelahi saya.. Sebab..

Sejurus selepas CDR case dibentangkan, beliau berkata:
“Your presentation is complete already. Everything included. No question.”
Syukur. Kuang3! Penat je tachycardia. Huu~


Dengan itu, tamatlah sudah sesi Clinical Attachment di HTAR, Klang bagi semester ini. Lega!

No more daily routine yang agak memenatkan.. Kalau tak, weekend je sempat merasa ‘erti siang’ di kampus..

0630: Naik bas di Kolej Angsana. Bertolak ke hospital
0730: Tiba di HTAR, breakfast
0800: Berkumpul di Blue Room, Ward Supply HTAR
0830: Bermulalah segalanya yang memenatkan. Clerk case dalam ward
1300: Lunch & Solat Zuhur
1400: Kembali meneruskan kerjaya sementara. Clerk case. Prepare slide
1630: Solat Asar
1700: Tunggu bas di Bus Stop HTAR
1730: Naik bas. Bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam
1830: Selamat tiba di Kolej Angsana, UiTM Puncak Alam


Cukup-cukup 12 jam sehari berjuang di luar bumi Puncak Alam. Aduyai. Penat tidak terkata. Namun, itulah dinamakan perjuangan dan pengorbanan.

Ingatlah..


Datangnya kesenangan adalah pasti selepas kesusahan berakhir..
Sepertimana..
Datangnya Subuh adalah pasti selepas malam berakhir..

InyaAllah.