Episod 2



Hari ni hari ketiga Clinical Attachment di TPN Department. Setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, saya terus mengenakan labcoat terus bersedia akan arahan yang bakal diterima daripada preceptor.

Di kesempatan yang ada pada pagi tadi, saya meluangkan masa untuk menjenguk baby di Neonates Intensive Care Unit (NICU). 15 minit kukira memadai, sekadar melepaskan rindu barangkali. Setibanya di NICU, saya terpaksa menunggu di luar bilik seketika memandangkan sesi X-Ray sedang dijalankan ke atas salah seorang ‘roomate’ baby yang saya sedang monitor.

Kemudian, saya melangkah masuk dengan harapan menggunung agar baby tersebut semakin beransur pulih. Tapi, saya agak terkejut apabila melihatkan keadaannya yang mana boleh dikatakan semakin teruk. Hatiku terharu. Agak sayu mungkin.

Saya belum berkesempatan untuk melihat progression baby yang tercatat dalam Bed Head Ticket (BHT) baby tersebut. (*BHT mencatatkan segala perkembangan dan perancangan untuk mengubati pesakit. Ia merupakan fail yang biasa kita lihat di hujung katil pesakit.). Saya terpaksa turun ke TPN Department untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Selesai sudah solat Zuhur. Saya bergegas kembali ke TPN Department. Kemudian, terus menuju ke ward NICU untuk mengambil maklumat tentang perkembangan terbaru baby tersebut. Setibanya di ward, saya lihat keadaannya semakin beransur baik. Syukur. Tiada lagi ventilator, tiada lagi wayar besar yang disambungkan terus ke dalam mulutnya. Kelihatan semakin aktif bergerak.

Sambil-sambil mencatat progression baby tersebut, saya beberapa kali menoleh, malah menatap wajah suci bayi perempuan di sebelah. Kecil saiznya. Sangat kecil. Sesekali saya melihat dia tersenyum, mungkin Allah tunjukkan keindahan Syurga kepadanya. Hati saya tersentuh memikirkannya. Sesekali juga, dia seolah-olah tersengih mahu ketawa, seperti sedang bergurau senda layaknya.

Kecil sangat..
~Note Book yang saya pegang adalah sama saiznya dengan buku tulis sekolah rendah~

Sungguh suci bayi-bayi ini. Semoga membesar sebagai Muslim sejati. InsyaAllah. Bagi bayi yang non-Muslim, semoga mendapat hidayah dari Ilahi. Semoga semakin bertambah Hamba Allah di muka bumi ini. InsyaAllah.

~Dinukilkan pada 14 October 2009~