30 September 2009..

Hari terakhir bulan September 2009. Pelbagai aktiviti menarik sempat saya laksanakan.


Aktiviti 1


Majlis salam-bersalaman.. ~Fia men tipu.. =p~

Walaupun sudah menjangkau ke 10 Syawal, “mood” Syawal pasti masih terasa. Maka, Dr Nahlah Elkudssiah (my supervisor for Final Year Project Research) telah mengambil initiative untuk mengadakan sesi bersalaman satu batch. 160 orang!! Boleh tahan ramai, boleh tahan lama masa yang diambil untuk menghabiskan sesi salam bersalaman ni. Awal-awal masih lagi bersalam sepenuh hati, pipi bertemu pipi (perkara biasa bagi perempuan!). Ucapan “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin” juga masih didengari. Tapi, bila dah sampai separuh kelas kujelajahi, salam je la. Ucapan pun dah kurang didengari. Kepenatan! That’s the word. Almaklumlah baru habis 2 tests. ~Alhamdulillah~


Aktiviti 2

TQ Zaini! =) Shah.. Selaku pemerhati bebas..


Perodua Viva. Kalau kat rumah, saya dan emak menggelarkannya kereta tin biskut atau tin susu. Mana taknya, lembut sangat kot. Tutup pintu kuat-kuat dengar macam ketuk tin biskut. Huu~ Tapi bersyukur, tanpa Viva kesayangan ni, tak kenal dunia luar kot. Merengkot jela dalam Puncak Alam ni.

Dah asyik langgar bump, maka akibatnya bumper sedikit longgar. Dah la kereta tin. Aduyai. Nak repair sendiri, for sure la tak pandai. Syukur ada sahabat yang sudi membantu, terima kasih Rozaini Rosli! Terima kasih juga kepada Shahrizal Sulaiman, bertindak sebagai pemerhati bebas!