Selamat hari lahir buat sahabatku..


Khairul Amry Omar.. 31 October 1986..

Teman semaktab.. MRSM Kuala Krai, Kelantan..
1st batch.. Sesi 2002-2003.. SPM 2003..

“Butterflies don’t know in what colour their wings is,
but human eyes know how nice it is..
Likewise you don’t know how special yourself is,
but I know how special you are..”

Selamat hari lahir buat satu-satunya kakakku!!

Tanggal 31 Oktober 1972.. Lahirlah puteri sulung buat pasangan Yusoff Mat Hussin & Shamsiah Salleh..

Merangkap kakak sulungku.. Satu-satunya kakak yang saya miliki di dunia ini..

Selamat hari lahir..

Wardati binti Yusoff
Kak Tiey
Puan Wardati
Cikgu Wardati
Ummi..
Umi Long
…..


Jadikan jalinan antara kita terbina persis untaian tasbih..
Ada awal tiada penghujungnya..
Dibentuk untuk mengingatiNya..
Dicantum kerana cintaNya..
Diratib semata-mata kerana redhaNya..
Menitis air mata tika merasai kemanisanNya..
Semoga jalinan ini kekal dan dirahmati Allah..



p/s: Kekeringan idea untuk meluahkan rasa sayang buat kakakku nan seorang ini. Kepenatan berjuang final exam. *sigh*

My Lucky Number : 5


Dari lahir sampai la sekarang, saya memang tidak dapat dipisahkan dengan nombor-nombor berikut:

2 5 7 9

Buktinya..

No sijil kelahiran..
No kad pengenalan..
Angka giliran UPSR..
Angka giliran PMR..
Angka giliran SPM..
Matriks no Diploma..
Matriks no Degree..

~Akan dibuktikan di lain waktu dan ketika.. InsyaAllah..~

Dan buat kesekian kalinya..

1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009.. My seat no: 55..


International Islamic University Malaysia
Kuliyyah of Pharmacy
Exam Hall 1
55



Dan hari ini.. PHR 550 paper.. My seat no: 055 again!!


Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Alam
055



Suka! Suka! Suka!

29 October 2009

Exam Hall 1, FF: Group A & Half of Group B..


Alhamdulillah 1 paper sudah berjaya diselesaikan..

PHR 550 : Applied Therapeutics in Cardiovascular System & Pulmonary Disorders.

No comment! Usaha sudah.. Buat pun sudah.. Tawakkal jelah..

Exam Hall 1, FF : Group C, D and half of Group B..

Next paper: 31 October 2009

IBM 530 : Introduction to International Business


Merangkap paper business terakhir yang akan diduduki. No more business paper next semester!

Sedar tak sedar, sudah 6 business papers berjaya diharungi..
Part 1 sampai Part 7. * * (UiTM: part = semester)

Part 1: Economic
Part 2: IT in Business
Part 3: Management
Part 4: Marketing
Part 5: Finance
Part 6: Retailing
Part 7: International Business


Overall, paling best belajar Finance & Retailing. Lecturers yang mantap!! (both of them are Kelantanese! Huu~) Ethnocentric Orientation? =S No.. No.. No.. =)

Mm.. Blur.. No idea..
Akhir kata..

Success is a journey.. Not a destination..
Selamat Berjuang!!


Menuju Puncak..

Hari ni first time jenguk fakulti setelah sekian lama menghabiskan masa di HTAR untuk Clinical Attachment. Baru tau surau dah tukar ke level 2. Then, nak naik lif.. Dup!! Tersentak jap! Dewan Peperiksaan 4! Gambaran 160 buah meja yang disusun dalam dewan yang sangat2 luas itu sudah terbayang di retina mata. *sigh*

Menuju Puncak Kejayaan..
Dewan Peperiksaan 4..


Hmm.. Nak kata takde keje.. Banyak sangat kot lagi belum study.. Tapi.. Demi impian yang sekian lama terpendam.. Berbekalkan dorongan daripada Nini.. Maka, Tangki Air Kampus Puncak Alam telah berjaya saya jejaki pada petang tadi.. Huu~

Sunset.. Pandangan dari puncak Puncak Alam..

Faculty of Pharmacy.. UiTM Puncak Alam..


~ Explore sampai Tangki Air Kampus Puncak Alam.. Nun di puncak dunia.. Tourist guide: Nini ~

Episod 5 (Episod Akhir)

Alhamdulillah selesai sudah pengembaraan harian ke HTAR. Kini pengembaraan menuju medan perang Final Exam Semester 7 bakal dimulakan.

Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan ribuan, malah jutaan terima kasih buat semua yang terlibat sepanjang sesi Clinical Attachment Semester 7 selama 3 minggu ini.

Terutamanya..

Therapeutic Drug Monitoring (TDM) ~ 5-9 October 2009

Puan Rose Aniza Rusli – my preceptor
Cik Faradilla – my co-preceptor
Sageeta @ Sanjana – x sure nama sebenar. Practical dari MAHSA College
Zaki Yusof – PRP, ex-UIA Kuantan. Kita sambung Rx Quiz IIUM 2009 ek? =S
Vincent @ Vilcent – sorry x sure nama. PRP baru dr MAHSA kot.
Nik Mohd Fadhil Nik Mat – my clerk case partner


Total Parenteral Nutrition (TPN) ~ 12-16 October 2009

Puan Norima – my preceptor
Puan Asma – my co-preceptor
Ms Ong Lay Ping (Jamie) – my co-preceptor
Azilea Ghazalli – my clerk case partner


Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) ~ 19-23 October 2009

Mr Loh Poh Seong – my preceptor.. Tq menghujani kami dengan pelbagai soalan yang tiada jawapan. Huu~
Ms Tan – my co-preceptor
Zaki Yusof – once again! Perjuangan Rx Quiz IIUM 2009 kami teruskan. Huu~
Nurfaliyana Wahab – my clerk case partner. Tq to Elle juga. Hehe!

Terimalah "Certificate of Appreciation" buat semua..

~Attn: Warga kerja Rx Quiz IIUM 2009, mohon copy ye!~





Blue Room HTAR berubah wajah jadi CC.
~Diubahsuai oleh pemilik CC: Pirune!~



Terima kasih buat semua yang tak tersenarai namanya. Sahabat-sahabat yang sama-sama ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Zati, Ika, Nad, Azila, Akma, Marry, Pirune, Kaleem, Izma, Pakdin, Fara, Kak Fatin, Nisha, Wani Mokhtar, Izana, Anna, Salimin aka Bulan, Ika, Jaja, Raihan dan lain-lain (kot-kot terlupa).


Di "Penjara HTAR"..


Juga buat sahabat-sahabat yang ke hospital lain (Hosp Sungai Buloh, Hosp Selayang, Hosp Kajang, Hosp Serdang, Hosp Putrajaya & Hosp Ampang) yang mana kita sama-sama menunggu bas di kala hari masih gelap juga dalam keadaan mata yang masih mengantuk setiap pagi. Huu~



Terima kasih buat adik-adik dari Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh kerana sering menceriakan suasana. Esp Faizal (suka gelakkan orang ye!) & Zuhair (penuh kesopanan, yeke?). Terima kasih pakcik driver bas!


Terima kasih semua!!

Episod 4

Jumaat, 23 October 2009..

Presentation bagi case under Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Department mengakhiri tirai sesi Clinical Attachment hidup saya untuk semester ini.

Presentation: CDR Dept: AML

Punya la cuak nak present. Sebab Mr Loh (merangkap preceptor saya untuk CDR Dept) ada bersama. Fuh!! Nak luruh jantung. Biasanya beliau akan menggunakan sesi Q&A semaksima mungkin. Bertanya dan bertanya sehingga student tak mampu lagi untuk merungkai persoalan yang dikemukakan.

Namun, mungkin rezeki menyebelahi saya.. Sebab..

Sejurus selepas CDR case dibentangkan, beliau berkata:
“Your presentation is complete already. Everything included. No question.”
Syukur. Kuang3! Penat je tachycardia. Huu~


Dengan itu, tamatlah sudah sesi Clinical Attachment di HTAR, Klang bagi semester ini. Lega!

No more daily routine yang agak memenatkan.. Kalau tak, weekend je sempat merasa ‘erti siang’ di kampus..

0630: Naik bas di Kolej Angsana. Bertolak ke hospital
0730: Tiba di HTAR, breakfast
0800: Berkumpul di Blue Room, Ward Supply HTAR
0830: Bermulalah segalanya yang memenatkan. Clerk case dalam ward
1300: Lunch & Solat Zuhur
1400: Kembali meneruskan kerjaya sementara. Clerk case. Prepare slide
1630: Solat Asar
1700: Tunggu bas di Bus Stop HTAR
1730: Naik bas. Bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam
1830: Selamat tiba di Kolej Angsana, UiTM Puncak Alam


Cukup-cukup 12 jam sehari berjuang di luar bumi Puncak Alam. Aduyai. Penat tidak terkata. Namun, itulah dinamakan perjuangan dan pengorbanan.

Ingatlah..


Datangnya kesenangan adalah pasti selepas kesusahan berakhir..
Sepertimana..
Datangnya Subuh adalah pasti selepas malam berakhir..

InyaAllah.

Assalamualaikum..

Sahabat-sahabat seperjuangan, pelajar semester 7, Bachelor of Pharmacy (Hons), Faculty of Pharmacy, UiTM Puncak Alam..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu perkhabaran gembira telah saya terima setibanya pulang dari HTAR petang tadi.

Regarding our thesis..

Submission date: 9 November 2009

~ bukannya 26 October 2009 sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini ~

Alhamdulillah. Masih punya waktu untuk memantapkan lagi thesis Final Year Project (FYP). Namun, jangan sesekali terleka, our FIRST paper FINAL EXAM semester 7 akan bermula pada 29 October 2009 aka Khamis ini!!!!!

Be prepared!!

Episod 3



Sekarang, saya masih lagi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Pada minggu ini (19-23 October 2009) saya ditempatkan di Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) Department. Department dimana segala ubat berbahaya bagi mengubati cancer disediakan. Saya dan Faliyana akan membuat follow-up terhadap seorang patient yang menghidap Acute Myeloma Leukemia (AML).

Di sini saya kongsikan secara ringkas tentang AML:

Acute myeloid leukemia (AML), also known as acute myelogenous leukemia, is a cancer of the myeloid line of blood cells, characterized by the rapid growth of abnormal white blood cells that accumulate in the bone marrow and interfere with the production of normal blood cells. The symptoms of AML are caused by replacement of normal bone marrow with leukemic cells, which causes a drop in red blood cells, platelets, and normal white blood cells. These symptoms include fatigue, shortness of breath, easy bruising and bleeding, and increased risk of infection. As an acute leukemia, AML progresses rapidly and is typically fatal within weeks or months if left untreated.

Tiba-tiba saya terkenangkan salah seorang sahabat semasa Tingkatan 4 & 5, yang juga pernah menderita leukemia sehingga ke akhir hayat beliau.

Allayarham Saiful Asni bin Samsudin.. Pada pagi tanggal 18/10/2008, di kala usia baru mencecah 22 tahun, ajalnya tiba .. Hari ini, tanpa kusedari.. Sudah genap 1 tahun 3 hari kami kehilangannya..

Arwah menderita sejenis penyakit berkenaan darah, seingat saya; leukemia. Secara specific, saya tidak pasti. Arwah berjaya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2003 di MRSM Kuala Krai,Kelantan. Seterusnya, arwah ke Kolej MARA Kulim, Kedah. Kemudian, arwah keluar dari matrikulasi pada semester kedua dan meneruskan perjuangan di UniKL di Melaka.

Namun, keadaan arwah semakin teruk barangkali. Pengajian ditangguhkan. Arwah seringkali ditahan di HUSM Kubang Kerian. Sempat juga saya meluangkan masa menziarahi arwah. Kali pertama saya melawat arwah, keadaanya agak jauh berubah. Semakin kurus dan rambut sudah mula gugur. Kesan chemotherapy.

Kali kedua saya menziarah, arwah berada dalam Isolation Room. Rambut boleh dikatakan hampir-hampir tiada. Kurus cengkung. Saya hanya mampu melihat arwah dari jauh, sekadar memandangnya tidur, sekadar mendoakan yang terbaik buatnya. Pada ketika itu, arwah sudah pun menjalani ‘Bone Marrow Transplant’ seingat saya.

Selepas beberapa bulan, saya menerima berita tentang pemergian arwah. Tiba masanya untuk arwah kembali menyahut seruan Ilahi. Walaupun jasadnya sudah tiada, namun segala kenangan tetap segar di ingatan.

Seorang atlet lumba lari maktab. Laju sungguh lariannya!
Seorang ahli kumpulan nasyid maktab. Merdu sungguh suaranya!

Walau apa pun, yang sudah pergi tidak mungkin akan kembali lagi. Semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga dipertemukan kembali di alam sana, di Syurga Firdausi. InsyaAllah.

Al-Fatihah.


~21 October 2009~



Assalamualaikum sahabat-sahabat seperjuangan sekalian..

Detik waktu yang berlalu sesungguhnya tidak mengizinkan sama sekali untuk saya meneruskan agenda harian di lapangan alam maya ini. Demi Allah, tanggungjawab saya, keutamaan saya berada di sempadan perjuangan alam dunia seiring dengan perjuangan menuju Akhirat. Sememangnya tidak memungkinkan saya untuk meluangkan secebis waktu bagi meluahkan sekelumit bicara di ladang maya tanpa sempadan ini.

Perkelanaan menuju ke medan perang sudah pun hendak dimulakan langkah pertamanya. Dalam kesibukan menyiapkan thesis Final Year Project (FYP), tidak dapat dinafikan bahawa jantung seringkali diserang tachycardia bilamana teringatkan final exam yang akan muncul kurang dari satu purnama sahaja lagi. Namun, dalam pada itu, usah sesekali kita terlalai dengan kehidupan alam fana ini.


Seringkali saya ingatkan kelekaan diri dengan pesanan naqibah yang sesungguhnya terpahat dihati:

"Dunia dan Akhirat ibarat dua isteri yang dimadukan. Kita adalah suaminya. Maka, adalah diwajibkan untuk kita berlaku adil terhadap kedua-dua ‘isteri’ ini."

Adakah kita berlaku adil terhadap mereka? Renungkanlah. Fikirkanlah. Moga diberi kesempatan untuk terus menunaikan hak-hak ‘isteri-isteri’ kita.


Kini, hidup seperti musafir jalanan layaknya. Ke sana ke sini menguruskan agenda kehidupan yang terpikul di pundak. Seringkali hampir tersungkur rebah ke bumi dek kerana menahan ujian yang menimpa. Namun, segalanya terlerai di kala dahi mencecah sejadah. Subhanallah! Damai sungguh hati bila berbicara denganMu Ya Allah. Terima kasih Ya Allah, masih sudi mendengarkan rintihan hambaMu.


Sahabat-sahabat sekalian. Mungkin blog kesayangan saya akan lumpuh buat seketika. Seketika cuma! Perjalanan hidup sekarang membataskan masa untuk saya melayan jari jemari untuk terus menaip dan berkongsi. Nota yang menggunung masih belum dikhatamkan. Case study for Clinical Attachment jua begitu. Apatah lagi buku-buku rujukan, sudah berhabuk!

“Let US do our BEST..
Let HIM do the REST..”

Maka, konklusinya, walaupun addicted blogging, terpaksalah saya ‘bercuti’ seketika.


"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
Tetapi..
Tidak semua perpisahan menjanjikan akan adanya pertemuan kembali.. "

Andai diizinkan Allah, kita akan bersua lagi di lain waktu dan ketika. InsyaAllah.

Episod 2



Hari ni hari ketiga Clinical Attachment di TPN Department. Setibanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, saya terus mengenakan labcoat terus bersedia akan arahan yang bakal diterima daripada preceptor.

Di kesempatan yang ada pada pagi tadi, saya meluangkan masa untuk menjenguk baby di Neonates Intensive Care Unit (NICU). 15 minit kukira memadai, sekadar melepaskan rindu barangkali. Setibanya di NICU, saya terpaksa menunggu di luar bilik seketika memandangkan sesi X-Ray sedang dijalankan ke atas salah seorang ‘roomate’ baby yang saya sedang monitor.

Kemudian, saya melangkah masuk dengan harapan menggunung agar baby tersebut semakin beransur pulih. Tapi, saya agak terkejut apabila melihatkan keadaannya yang mana boleh dikatakan semakin teruk. Hatiku terharu. Agak sayu mungkin.

Saya belum berkesempatan untuk melihat progression baby yang tercatat dalam Bed Head Ticket (BHT) baby tersebut. (*BHT mencatatkan segala perkembangan dan perancangan untuk mengubati pesakit. Ia merupakan fail yang biasa kita lihat di hujung katil pesakit.). Saya terpaksa turun ke TPN Department untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Selesai sudah solat Zuhur. Saya bergegas kembali ke TPN Department. Kemudian, terus menuju ke ward NICU untuk mengambil maklumat tentang perkembangan terbaru baby tersebut. Setibanya di ward, saya lihat keadaannya semakin beransur baik. Syukur. Tiada lagi ventilator, tiada lagi wayar besar yang disambungkan terus ke dalam mulutnya. Kelihatan semakin aktif bergerak.

Sambil-sambil mencatat progression baby tersebut, saya beberapa kali menoleh, malah menatap wajah suci bayi perempuan di sebelah. Kecil saiznya. Sangat kecil. Sesekali saya melihat dia tersenyum, mungkin Allah tunjukkan keindahan Syurga kepadanya. Hati saya tersentuh memikirkannya. Sesekali juga, dia seolah-olah tersengih mahu ketawa, seperti sedang bergurau senda layaknya.

Kecil sangat..
~Note Book yang saya pegang adalah sama saiznya dengan buku tulis sekolah rendah~

Sungguh suci bayi-bayi ini. Semoga membesar sebagai Muslim sejati. InsyaAllah. Bagi bayi yang non-Muslim, semoga mendapat hidayah dari Ilahi. Semoga semakin bertambah Hamba Allah di muka bumi ini. InsyaAllah.

~Dinukilkan pada 14 October 2009~

Episod 1

Bagi Clinical Attachment pada minggu ini (12-16 October 2009), saya ditempatkan di Total Parenteral Nutrition (TPN) Department yang mana merupakan salah satu jabatan yang wujud dalam bidang farmasi. ~Seringkali disalah tafsir bahawa pegawai farmasi hanya membahagikan ubat kepada pesakit sahaja.~

Untuk clerk case, saya dan Azilea ditugaskan untuk membuat follow-up seorang bayi pra-matang yang dilahirkan pada 23 September 2009. Sehingga kini, bayi tersebut masih berada dalam Neonates Intensive Care Unit (NICU). Sehingga hari ini, pelbagai ubat-ubatan telah diterima oleh bayi tersebut.

Baby yang sangat chumeyll..

Hati saya sungguh tersentuh apabila melihatkan bayi-bayi yang lahirnya pra-matang. Dengan hanya seberat 1.29kg dan setinggi 30cm, mereka berjuang untuk meneruskan kehidupan di bumi Tuhan. Pelbagai alat bantuan dipasang, rimas kumelihatnya. Kadangkala menangis, tidak selesa barangkali. Paling saya tidak tahan mendengarnya, apabila doktor dan nurse berusaha mengambil sample darah bayi, meremang dengar bayi menangis. Apa yang pasti, sakit!

Teringat pula kelahiranku yang juga pra-matang, ini memandangkan ibu mengidap penyakit Diabetes Mellitus (Kencing manis) ketika mengandungkan saya. Bak kata ibu, saya ‘berumah’ di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama beberapa hari sebelum dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah.

Rumah pertamaku di alam dunia..

Kata ibu lagi, ketika awal kelahiran, saya feeding intolerance (sebarang makanan atau susu tidak boleh diberikan melalui mulut). Maka, segala susu akan disalurkan dengan cara tube feeding di mana tiub akan dimasukkan melalui rongga hidung. Wayar dan tiub juga diletakkan di bahagian tangan dan kaki untuk menyalurkan TPN dan ubat-ubatan. Tidak ketinggalan, wayar juga berselirat di kepala!

Baru kini dapat saya bayangkan keadaan saya pada ketika itu. Sudah semestinya sedang bertarung memperjuangkan antara hidup dan mati, barangkali. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Ku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikanku peluang untuk terus bernafas menghirup udara segar di bumiMu Ya Allah.

Bakal kembali..

Alhamdulillah..

Blog pertamaku ini masih dapat diselamatkan.. Sekarang, blog ni sudah sembuh dari demam.. Bakal keluar dari ward bila-bila masa dari sekarang.. Akan menjalani kehidupan seperti mana biasa..

InsyaAllah..

Alhamdulillah.. Lepas godek-godek sana sini, akhirnya dah dapat kembali ke appearance asal. Happy!!


p/s: Andai diizinkan Allah, post dalam blog kedua aka my temporary blog akan ditransfer ke blog ini.. InsyaAllah..

Salam.. Ni URL baru..

www.wirdianayusoff.blogspot.com

Jemput ziarah..

Terima kasih..

Assalamualaikum..

Maaf.. Blog ini menghadapi sedikit masalah..
Maka.. Blog baru akan diwujudkan.. InsyaAllah..
Tapi bukan sekarang, mood blogging sedang terbantut..

Pengumuman URL baru akan dibuat kemudian..
Bila mood blogging dah ok, i'll create a new one..
Maaf atas segala kesulitan..

Ikhlas,
Wirdiana Yusoff
YM: cucu_johor
Email: waysdiana@gmail.com

Salam perjuangan buat semua..

~Blog locked for a while~

sahabatku..
terasa bagai baru semalam kita bersua
di kala akhlakmu masih rapi terjaga
masih lembut dalam berbicara
seluruh auratmu masih terpelihara
masih menundukkan pandangan mata

lalu kita berjalan seiringan
menempuh badai persada kehidupan
walau ribut walau taufan
kita masih mara ke hadapan
mengembara mencari keredhaan Tuhan

namun sahabatku..
tanpa kusedari dirimu sedikit terleka
sedikit tercicir dari landasan kehidupan
mungkinkah diriku yang alpa
kadangkala membiarkan dirimu sendirian
maafkanlah aku wahai teman
ampunkanlah aku wahai Tuhan

kini..
kulihat dirimu sudah berteman
persahabatan kita mulai renggang
kuteruskan berdoa dan berikhtiar
semoga Allah meredhai persahabatan kalian
walau kelihatan sedikit menyimpang
semoga segaris cahaya akan terlakar

perhiasan iman telah kau tanggalkan
perhiasan dunia kini kau sarungkan
itu tabarruj namanya wahai teman
apa gunanya sejuk di dunia, andai di akhirat kepanasan


wahai teman..
hanya doa tulus kudus kutadahkan
moga dirimu dipayungi naungan iman
berubahlah selagi mempunyai harapan
tinggalkan segalanya sebagai kenangan

sesungguhnya..
tiada insan baik tidak mempunyai kisah silam
tiada insan jahat tidak mempunyai masa depan
tinggalkan segala kabus yang kelam
marilah seiringan memburu Syurga idaman


p/s:
Kutujukan khas buat teman-teman..
Jangan ke kiri atau ke kanan..
Bersamalah kita mara ke hadapan..
Teruslah berada di atas landasan iman..
Juga buat diriku yang sering ditimpa ujian..
Kadangkala buntu mencari arah tujuan..
Moga sentiasa ditetapkan iman..
Akhlak Rasulullah jadikan ikutan..
Al-Quran dan Sunnah dijadikan pedoman..


Episod 5 (Episod Akhir)

Perpisahan hakiki menuju negeri abadi..


Akhirnya, tibalah ‘Grand Final RxQuiz 2009’ yang berlangsung di Auditorium KOP IIUM Kuantan. Mengenangkan kembali majlis ini, teringat pula gaya selamba moderator, Rostam.

Tampak serius namun selamba
Bro Rostam begitulah namanya
Segak bergaya petah berbicara
“Rostam is signing out” itulah trademarknya

p/s: Ketandusan idea untuk memikirkan kesimpulan untuk Mr Moderator ini.


Closing Ceremony diadakan sejurus selepas Grand Final. Gimik yang mantap!! Tapi sayangnya, tidak berpeluang melihat siapakah gerangan ‘Mr Mitte’ yang juga kami gelarkan ‘Helmet Guy’.


Liputan tentang “RxQuiz 2009” ini juga telah dibuat oleh Berita Harian, NST & RTM. Sila klik link di bawah untuk rujukan:


NST 30hb Sept 2009 (promo)
http://www.nst.com.my/articles/%2020ftra/Article/%20index_html

Berita Minggu 4 Oct 2009 (opening ceremony)
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20091003234514/Article/

NST 5 Oct 2009 (closing ceremony)
~Tak sempat nak cari link.. Maaf..~

p/s: Mr Pengarah (Azwadi Kamarudin), mohon copy link ni dari blog anda ye. =)


Detik waktu terus berlalu, tibalah saat perpisahan. Terasa sedikit sedih barangkali. Terima kasih kepada Amin Mansor yang menjadi photographer bagi “RxQuiz 2009” kerana meluangkan masa bagi merakamkan segala kenangan terindah sepanjang program berlangsung.

Setiap pertemuan sememangnya menjanjikan perpisahan..
Namun,
Setiap perpisahan tidak menjanjikan akan adanya pertemuan kembali..

Andai kita tidak berpeluang bersua lagi di alam fana ini, moga kita bertemu lagi di negeri abadi nanti. InsyaAllah.

Dengan itu, saya dengan rasminya melabuhkan tirai bagi Episod 5 yang mana merangkap Episod Akhir bagi Garden of IIUM.


~Sudah kekeringan idea untuk menukilkan segala pengalaman yang tercipta.~


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur RxQuiz 2009, juga kepada seluruh warga IIUM yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung.

Ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menemani kehidupan ini. Jasa kalian amat bermakna buatku.

Infiniti terima kasih kepada keluargaku, terutamanya bonda tercinta atas segala jasa dan pengorbananmu.


Terima kasih semua. Hanya Allah mampu membalas segala sumbangan kalian. Semoga bertemu lagi. InsyaAllah. Wassalam.


~TAMAT~


Episod 4



Tiada satu persamaan membawa kepada seribu perbedaan..

Quarter Final:
UiTM Team B vs IIUM Team A.
UiTM Team A vs IIUM Team B.
UKM Team A vs IMU Team B.
UKM Team B vs IMU Team A.


Lecture Hall 3: IIUM Team A vs UiTM Team B




Aduyai.. IIUM? Rasa nak bagi IIUM menang tanpa bertanding. Dah la kami memang tak bersedia langsung! Bidan terjun..

Maka, pelbagai lawak bodoh tercipta secara spontan. Malu kot bila ingat balik. Tapi kadang-kadang nak tergelak sorang-sorang.




UiTM Team B

C:Wirdiana B:Najib A:Shiha

Situation 1: Lecture Hall 3 (UiTM Team B vs IIUM Team A)

Prof Tariq: What compartment synthesis bla.. bla.. bla..
UiTM Najib: Golgi apparatus (Najib menyebut Golgi sebagai “Golgai” apparatus)
Judges: Improve your answer please
UiTM Najib: Bla.. bla.. bla.. ~Goreng benda sama~
Judges: Wrong!

Forwarded to team members – No answer!

Then, opened to IIUM team.

Dengan penuh keyakinan IIUM team menjawab..

IIUM “Bro MSH”: Golgi apparatus!!
Judges: You tidur ke?!! ~Tak pasal-pasal kena hentam!~ Huhu..

Aduyai! Apakah perbedaannya? Macam mana la boleh bagi jawapan sebijik sama. Kuang3!


Situation 2: Lecture Hall 4 (UiTM Team A vs IIUM Team B)

Dah tadi IIUM buat lawak. Rupa-rupanya UiTM Team A mampu mencipta lawak yang lebih tragis!

Judges: How many percent water being reabsorbed into kidney?
UiTM Aisyah: 80 % ~Confident jek~
Judges: Wrong answer.

Forwarded to team members..

UiTM Cue: 80%!!! ~Yakin jek jawab! Adowh!!
Judges: WWRRRONGG!! ~beberapa harakat jugak la dia debut wrong! Haha! ~

Ape daa Cue. Kot ye pun gelabah & tak dengar jawapan Aisyah, jangan la buat lawak penuh tragis sebegini. Hohoho!

Ni baru 2 lawak ngeng yang kami spontaneously buat. Lain-lain lawak macam-macam lagi. Saya dan kawan-kawan berpost-mortem tentang pengalaman IIUM National Pharmacy Quiz 2009 ni almost selama 3 jam!! Dari Kuantan sehinggalah Genting Sempah, barulah cerita tentang IIUM National Pharmacy Quiz 2009 dihentikan. Bayangkan, sepanjang 250 km kot!! Mm.. Cukup untuk membuktikan kami semua bukannya pendiam!! Lalalalala..


Bersambung…

Episod 5.. Akan menyusul di kemudian hari.. InsyaAllah.. Nantikan kemunculannya…


Episod 3

“Alphabetically order” telah memperkotak-katikkan perasaanku..

Pada pagi 4 October 2009, tibalah masa untuk mendengar pengumuman 8 teams yang layak ke Quarter Final. Dilaksanakan oleh Prof Tariq, Dekan Kuliyyah of Pharmacy, IIUM. Katanya, susunan nama-nama universiti yang layak yang akan diumumkan adalah mengikut “Alphabetically order”, bukannya mengikut markah yang berjaya dikumpul.

Debaran kian memuncak.

Seronoknya kalau..
Berjaya ke Quarter Final. Memandangkan saya dan rakan-rakan boleh dikatakan langsung tidak membuat persiapan untuk kuiz ini. Kehadiran kami ke IIUM Kuantan adalah untuk bercuti dan menenangkan fikiran sejurus sebelum memulakan sesi Clinical Attachment.

Tapi..

Malunya kalau..
Quarter Final pun tak layak. Teruk sangat kot jawab MCQ. Nasib baik semua peperiksaan kami di UiTM sememangnya dalam format True/False. Jawab macam biasa jelah.

Prof Tariq mula mengumumkan universiti-universiti yang layak.

IIUM Team A - dah agak dah pun..
IIUM Team B - menepati jangkaan jugak..
IMU Team A – Chinese.. Memang terer la kot..
IMU Team B – memang team Chinese jugak..

Then..

UKM Team A – Arghh!! Sudah "UK'. No more "Ui". Malunya UiTM tak lepas.
UKM Team B – Waaa! Sah! Confirm! UiTM tiada dalam senarai..

Sabar jelah..

Tiba-tiba, tanpa diduga..

UiTM Team A!! Wohoooo! Alhamdulillah..
UiTM Team B!!! Waaaaaaaa!! Team B juga? Lawak2! Alhamdulillah. Syukur..

At least boleh merasa pengalaman oral quiz. At least dapat masuk screen. Huu~

Aduyai. Apa punya “Alphabetically order” aaaa. Ni mesti click "Sort Alphabetically" dalam Microsoft Word. Ape daa.


Bersambung…

Episod 4.. Nantikan pelbagai kisah lawak sepanjang kuiz berlangsung.. Wakaka.. Stay tuned!!


Episod 2


Punctuality

Perjalanan menuju ke International Islamic University Malaysia (IIUM), Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang bermula seawal 5.35 pagi. Ini memandangkan kami dikehendaki tiba di Greenleaf Hotel, Kuantan selewat-lewatnya pada jam 9.00 pagi.Solat Subuh ditunaikan di Petronas Bentong. Alhamdulillah, tepat jam 0910 kami selamat tiba di Greenleaf Hotel, Kuantan. Alangkah terkejutnya kami, bas IIUM telah pun bergerak ke kampus. Maka, kami terpaksa ke IIUM menaiki van UiTM. Aduyai. Betapa punctualnya perjalanan program. Huu~


Kalau Kuliyyah of Pharmacy (KOP) IIUM tu besar.. Fakulti Farmasi (FF) UiTM apa istilahnya? Ngee~

Ketibaan kami disambut oleh beberapa orang committees of 1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009. Salah seorangnya adalah ‘Bro S’. Sejurus selepas menyelesaikan urusan pendaftaran, kami bergegas mencari toilet. ‘Bro S’ telah menunjukkan jalan untuk ke toilet. Kami sempat berbual-bual bersama ‘Bro S’.

Antaranya..

“Bangunan ni besar, sebab tu toilet jadi dok hujung-hujung camni” ‘Bro S’ menerangkan.

Pada saat itu juga terdetik di hati saya, “Kalau belum pernah ke UiTM Puncak Alam, jangan kata bangunan ni besar” ~Opss! Sorry ‘Bro S’. Ampun pak!

Setibanya di toilet, rupa-rupanya ada antara kami yang memikirkan perkara sama. Bermonolog sendirian.

Kesimpulan yang saya boleh nyatakan tentang perbezaan bangunan dan keluasan KOP IIUM vs FF UiTM Puncak Alam adalah:

UiTM Puncak Alam almost 5-7 kali ganda lebih besar dari IIUM Kuantan. Bangunan KOP IIUM Kuantan rasanya menyamai FF3 (Bangunan Makmal) FF UiTM Puncak Alam. Hakikatnya, kami mempunyai 5 blok: FF1 (Blok pentadbiran), FF2 (Kelas tutorial, makmal computer), FF3 (Makmal), FF4 (Dewan Kuliah) dan FF5 (Animal House). Begitulah FF UiTM Puncak Alam.

Maafkanlah andai diri ini khilaf mentafsir.

Niat untuk bercuti di IIUM Kuantan hancur berkecai..

Kami kemudiannya menyimpan barang-barang yang dibawa di Meeting Room. Fuh!! Tergugat mood untuk bercuti apabila melihat hampir keseluruhan wakil-wakil universiti sedang khusyuk manatap nota masing-masing. Kuss semangat!! Maka, kami berjalan-jalan di sekitar KOP. Huu~ Pemalas betul kot kami ni. Dah kata nak bercuti!

Gimik Opening Ceremony yang mantap!!

Rasanya terlalu panjang untuk diceritakan tentang gimik Opening Ceremony. Memang mantap ahh idea. Dan rasanya masih belum terlambat untuk memuji suara matured MC lelaki semasa majlis ini. Pronunciation penuh gaya.

Preliminary Round.. Terlunas hasrat.. Tercapai Impian..

Sejujurnya, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya sememangnya ada menaruh harapan untuk melanjutkan pelajaran di IIUM. Namun, sudah rezeki saya di UiTM. Syukur.

Tanggal 3 Oktober 2009, Allah memakbulkan cita-cita saya. Akhirnya, saya diberi peluang untuk menjadi “student of KOP, IIUM” for about 30 minutes. Hehe. Matrix No: 0600002 dan Seat No: 055. Huu~

Penampilan istimewa photographer dari Kelantan..

Malamnya, “The Garden Dinner” diadakan di lobby KOP IIUM. Sebelum sesi makan-makan bermula, ada seorang photographer KOP IIUM berkunjung ke meja kami. Sembang la sikit-sikit. Tiba-tiba..

“Eh, korang UiTM kan? Hari tu ada terbaca blog someone from UiTM. Dia cakap dia nak datang sini untuk quiz ni.”

Zapp!! Huh.. Adakah blog ini yang dimaksudkannya? Harap-harap tidak la ye. Aaaaa..


Bersambung…


Episod 3.. In progress.. Will be continued soon.. InsyaAllah..

Episod 1



Congrats!! Great job!! Mantap!!


That's the word.

Alhamdulillah saya sudah pun berjaya menjejakkan kaki ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Pahang bagi sama-sama memeriahkan "1st IIUM National Pharmacy Quiz 2009".


Pelbagai kisah-kisah menarik yang ingin dikongsi di sini. Tapi, memandangkan esok Clinical Attachment akan bermula, bas untuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang adalah pada 6.30 pagi, maka dengan ini saya terpaksa menangguhkan sesi bercerita. =(

Reg No: 0600002
Seat No: 055

Really enjoy the event!! Congrats once again to all the organizing committees!! Thank you and sorry for everything.


Episod 2.. Will cross your retina soon.. InsyaAllah.. Stay tuned!



Route Map to IIUM, Kuantan

Name: IIUM National Pharmacy Quiz 2009
Date: 3-4 October 2009
Venue: International Islamic University Malaysia (IIUM), Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.
Team: 3 main + 1 reserve (Max of 2 TEAMS per university)
Fees: RM 100 per team (accommodation and meals are provided)


Day 1 (Saturday, 03/10/09)
0800 : Arrival of Participants
0900 : Registration, Breakfast and Check in
1015 : Depart to Kulliyyah of Pharmacy, IIUM
1100 : Opening Ceremony at Main Auditorium, KOP
1230 : Lunch
1300 : Zohor Congregational Prayer at KOP Prayer Hall
1400 : Briefing on Quiz Format
1430 : Preliminary Round
1615 : Tea break and Asar Congregational Prayer
1700 : Charity Drive: “Raya Celebration with the Children of Permata Camar”
1900 : Depart back to Hotel
2100 : “The Garden”

Day 2 ( Sunday, 04/10/09)
0730 : Check out
0800 : Depart to Kulliyyah of Pharmacy, IIUM
0830 : Breakfast
0900 : Release of Preliminary Round Results
0930 : Quarter Final
1045 : Tea Break
1100 : Semi Final
1245 : Lunch
1330 : Zohor Congregational Prayer
1430 : Grand Final
1600 : Closing Ceremony
1730 : Photography session
1745 : Tea break and Asar Congregational Prayer
1800 : Disperse


~ Tak sempat nak taip. Tak sempat nak fikir ayat. Tak sempat nak bercerita. Copy & paste je la ek. Kononnya busy nak study, preparation for the quiz. Actually, M.A.L.A.S. (*.*)//


InsyaAllah, saya dan rakan-rakan* akan menyerang UIA Kuantan!!
* Fia, Shiha, Zuhailah, Aisyah, Fatimahtulzahraa, Shahiri, Najib.

Doakan kejayaan kami.

30 September 2009..

Hari terakhir bulan September 2009. Pelbagai aktiviti menarik sempat saya laksanakan.


Aktiviti 1


Majlis salam-bersalaman.. ~Fia men tipu.. =p~

Walaupun sudah menjangkau ke 10 Syawal, “mood” Syawal pasti masih terasa. Maka, Dr Nahlah Elkudssiah (my supervisor for Final Year Project Research) telah mengambil initiative untuk mengadakan sesi bersalaman satu batch. 160 orang!! Boleh tahan ramai, boleh tahan lama masa yang diambil untuk menghabiskan sesi salam bersalaman ni. Awal-awal masih lagi bersalam sepenuh hati, pipi bertemu pipi (perkara biasa bagi perempuan!). Ucapan “Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin” juga masih didengari. Tapi, bila dah sampai separuh kelas kujelajahi, salam je la. Ucapan pun dah kurang didengari. Kepenatan! That’s the word. Almaklumlah baru habis 2 tests. ~Alhamdulillah~


Aktiviti 2

TQ Zaini! =) Shah.. Selaku pemerhati bebas..


Perodua Viva. Kalau kat rumah, saya dan emak menggelarkannya kereta tin biskut atau tin susu. Mana taknya, lembut sangat kot. Tutup pintu kuat-kuat dengar macam ketuk tin biskut. Huu~ Tapi bersyukur, tanpa Viva kesayangan ni, tak kenal dunia luar kot. Merengkot jela dalam Puncak Alam ni.

Dah asyik langgar bump, maka akibatnya bumper sedikit longgar. Dah la kereta tin. Aduyai. Nak repair sendiri, for sure la tak pandai. Syukur ada sahabat yang sudi membantu, terima kasih Rozaini Rosli! Terima kasih juga kepada Shahrizal Sulaiman, bertindak sebagai pemerhati bebas!

Alhamdulillah.. Berakhir sudah segala kelas dan test bagi semester 7..



Anyway..



Tiba-tiba, ada kawan main tag-tag.. Rasa macam nak try.. Huu~

Arahan:
Open your Folder:”My Documents” > “My Pictures” > “6th Folder” > “6th picture” > Describe about the picture!!


Alhamdulillah, gambar bertuah yang terpilih adalah gambar keluarga. Semuanya sepupu-sepupu sebelah emak. Gambar ni merupakan percutian keluarga di Langkawi.







1
Nama budak chumeyll ni Nur Satina Hanani. Panggil dia Tina atau Ina. Sekarang tak ingat dia darjah berapa, Sekolah Wadi Sofia rasanya. Boleh tahan banyak cakap. Saya lagi pendiam daripada dia kot! ~yeke?~


2
Gadis ni nama dia Nurul Hazwani. Sekarang di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Jurusan Bachelor of Computer Science (Hons). Kalau jumpa dengan dia ni, memang banyak la ceritera yang kami kongsi. ~Hehe!~


3
Nama dia ni Mohd Hafiq Aiman. Panggil dia Aiman @ Maman @ Man. Dah Tingkatan 2. Sekolah mana saya lupa. Sek Men Keb Kota kot. Tak tau nak cakap apa pasal Aiman ni. Apa yang saya ingat, masa dia umur 2 tahun kot, masa tu musim hujan, parit depan rumah memang penuh air. Tiba-tiba dia terjatuh dalam tu, tapi yang mantapnya, sudu yang dia pegang masih kemas berada dalam genggaman. Aiman.. Aiman..


4
Yang keempat ni ialah Wan Sarimah. Saya panggil dia Kak Mah, isteri kepada sepupu saya. Ibu kepada insan bernombor 2, 3, 5, 6, 7 dan 8.


5
Ni nama dia Nurul Hazirah, tapi family panggil Ayu. Sekarang sedang menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Pre-Science FSG. Semoga cita-citamu untuk bergelar doktor mampu dicapai.


6
Ni anak bongsu ni. Manja. Suka bergaya. Kadang-kadang pemalu dan pendiam. Nama Nur Suriani, panggil Che Sue. Sekarang umur 5 tahun.


7
Dia ni abang kepada Che Sue. Nama dia Mohammad Iqbal Hafiq. Sekolah darjah dua kot sekarang. ~tak sure~


8
Last but not least, Muhammad Saiful Hakimi. Merangkap anak sulung 9 adik beradik. Semua family panggil dia abe (dialek Kelantan) aka abang. Sekarang pelajar tahun akhir Bachelors of Electrical Engineering (Hons), Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Tahun depan ye Kak Na belanja lagi. InsyaAllah.


Dengan itu, berakhirlah sesi pengubat rindu terhadap kaum keluarga yang jauh di mata. Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Sayang kamu semua!!


Seterusnya, saya meneruskan sesi tag-tag orang. Enam orang blogger bertuah yang menjadi pilihan ialah………

‘Atikah Zahir
Maryam Jamilah Laharadi
Nurul Hananni
Mohd Shahiri
Radhiatul Mardhiyah
Sesiapa sahaja yang berminat untuk meneruskan acara tag-tag orang macam ni.. Silakan..

Yang penting jujur ye! Jangan main tipu gambar! (>.<)// ~N~

Related Posts with Thumbnails