12 Ramadhan 1430H..

PERANCANGAN PERTAMA PONTENG

7.23 pagi..

Tit! Tit!

“Assalamualaikum. Mc Naa, hari ni sape yang ajar? Aci tak kalau tak datang kelas..” SMS daripada Ezzati diterima.

“Mc Naa, pergi kelas tak? Macam tak nak pergi je.” SMS daripada ‘Atikah pula menyusul.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Usai sahur lagi saya sememangnya sudah merancang untuk ponteng kelas sesi pagi itu. Maka, dengan rasa bersalah, kami meneruskan perancangan. Buat-buat lupa akan amanah yang dipikul. Melupakan seketika akan harapan ibu bapa. Maafkan kami. Bebanan kerja yang memaksa kami bertindak sedemikian.

Masing-masing meneruskan agenda, sesi mengkhatamkan nota ‘Particle Size Distribution’ yang diajar oleh Mr Javad Khadem Sameni. Test berkomputer bagi topik tersebut akan diadakan pada tengahari itu.

Pada masa yang sama, kami meneruskan perjuangan bagi menyiapkan slide untuk Industrial Training presentation. Persiapan terakhir dilakukan sebelum tibanya sesi presentation pada petang tersebut.

Kehidupan yang bagaikan tidak tersusun membuatkan kami seolah-olah berada di awang-awangan. Tugasan setia menemani. Test setia menanti. Presentation setia menunggu.

Tiba-tiba..

Tit! Tit!

Tit! Tit!

Bertalu-talu bunyi SMS diterima. Kesimpulannya, hampir kesemua SMS berbunyi:

“Salam. Dr Wong suruh kitorang call orang yang tak datang kelas. Dia suruh datang jugak. Dia mengamuk. Macam badmood je dia ni”

Lantaran itu adalah cubaan kali pertama ponteng kelas, kami mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan segala provokasi yang diterima. Kami nekad tanpa memikirkan ‘bala’ yang sedang menanti.


TUGAS PENGAWAS BAKAL BERMULA

Dipendekkan cerita, semua pelajar yang ponteng kelas Dr Wong pada pagi tersebut dikehendaki hadir ke bilik beliau pada jam 5.00 petang, pada hari yang sama. Kami menurut perintah. Tepat jam 5.00 petang, seramai 24 orang daripada 40 orang pelajar yang ponteng sudah mula memenuhi ruang legar di hadapan bilik Dr Wong. (Ramainya!! Memang logik untuk membuatkan Dr Wong mengamuk.)

Walaupun setelah 30 minit berlalu, semua ‘pesalah’ masih tetap setia menunggu. Akhirnya, Dr Wong Tin Wui yang dinanti-nanti muncul kira-kira pada jam 6.00 petang. Kehadiran ‘pesalah’ disemak. Sesi ‘ceramah keinsafan’ dimulakan dan tugasan diberikan. Tanggung jawab baru dipikul dalam terpaksa. Dalam erti kata lain, punishment!

‘Pesalah’ diarahkan untuk menyiapkan satu proposal ‘Punctuality Campaign 2009-2010’ yang mana wajib dihantar pada jam 7.00 petang tersebut. Ingatkan sekadar menyiapkan proposal, namun kami juga diarahkan menjadi ‘pengawas’ untuk merealisasikan segala strategi dalam usaha mencapai objektif yang dikemukakan dalam proposal tersebut.

Ingin tahu objektif ‘pengawas’?
Ingin tahu apa perancangan ‘pengawas’?
Ingin tahu strategi yang bakal ‘pengawas’ laksanakan?
Mungkinkah ‘pesalah’ yang bakal menjadi ‘pengawas’ akan terus dinaikkan pangkat menjadi ‘pengawal’?
Nantikan kisah selanjutnya…

Apa yang pasti, sekiranya proposal tersebut diluluskan, maka selagi anda bergelar pelajar Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam, selagi itulah anda akan turut sama terkena tempias strategi kami. Nantikan!!

~Proposal masih dalam pertimbangan Prof Dr Aishah Adam, Dean Faculty of Pharmacy, UiTM Puncak Alam Campus.