Rumahku yang kuhuni sejak lahir merupakan tapak rumah datuk dan nenekku sebelah emak. Maka, secara tidak langsung, di situlah juga kampung halaman bagi seluruh keluargaku sebelah emak. Dengan itu, hari raya pertama, kedua dan ketiga sememangnya saya dengan paksa rela menjadi ‘bibik’. Adakalanya kira-kira 30 orang tetamu memenuhi ruang tamu rumahku. Ruang tamu atas.. Ruang tamu bawah.. Penuh!! Fuh! Penat tapi puas.

Pada hari raya keempat, episod untuk saya meraikan tetamu dihentikan seketika bermula tengahari hingga ke petang. *thanks mom!* Hehe. Peluang yang tersedia saya gunakan semaksima mungkin. Walaupun jalan sangat-sangat sesak (keadaan biasa di Kelantan pada musim raya), saya tekad untuk berkunjung ke rumah sahabat lama.

Perjalanan ke destinasi pertama bermula usai Zuhur. Saya dengan riang rianya menuju ke rumah salah seorang teman baik, Rosmarina Mohd Yusoff. Di kala saya baru sahaja ingin menjamah hidangan, dua teman seperjuangan Sekolah Kebangsaan Tiong (sekolah rendah kebangganku!) tiba. Khairul Azwin Mohd Noor, walaupun kini sama-sama menuntut di UiTM Shah Alam, baru sekali saya bertemu dengannya. Seorang lagi, Mohd Azmi Ibrahim, setelah 9 tahun kami dipisahkan, akhirnya kami bersua kembali.

Sembang punya sembang. Masing-masing masih belum mempunyai destinasi seterusnya untuk dituju rupa-rupanya. Akhirnya, kami menemui kata sepakat. Jom serang rumah Cikgu Shamsiah!! Guru matematik kesayanganku. Kami berempat menuju ke rumah beliau melalui jalan kampung bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sejam lebih kami meluangkan masa di rumah beliau. Almaklumlah, sudah 9 tahun tidak bersua. Pelbagai memori silam dibangkitkan kembali.

Di rumah beliau, kami mengusul pelbagai perkembangan terkini tentang guru-guru dan sahabat-sahabat lama. Antara insan-insan terpilih yang dibincangkan: Teacher Tengku Hasnah Tuan Pa, Cikgu Maizura Hamzah, Cikgu Baharuddin, Ustazah Naimah, Ahmad Nazlan (anak Ustazah Naimah).. Ops! Hehe. Ada cerita menarik tentang sahabatku yang pemalu ini. Semoga hubungan kalian diberkati Allah. ~Jangan lupa kirim kad pink wangi-wangi ye Nazlan!~

Seterusnya, demi menjejaki Cikgu Maizura Hamzah, kami berusaha mendapatkan maklumat tentang beliau di rumah Teacher Tengku Hasnah. Hanya berpandukan petunjuk yang diberikan oleh Cikgu Shamsiah: Rumah pagar batu, tepi jalan, warna kuning. That’s all. Pening betul cari rumah orang yang tak pernah kami jejakkan kaki.

Akhirnya, setelah hampir 30 minit kami berlegar-legar di jalan sama, Alhamdulillah terjahan kami mengena. Rumah Teacher Tengku Hasnah berjaya dijejaki. Sepanjang kami berada di rumah beliau, pelbagai cerita dan pengalaman telah beliau sampaikan. Tentang kerenah dan keletah para pelajar zaman sekarang. Juga tidak ketinggalan, tentang bekas pelajarnya, merangkap bekas rakan sekelas kami, Zaid! Hehe. Diam-diam ubi berisi ye.

Sementelah itu, kami meminta diri. Kami selamat tiba di rumah masing-masing tatkala matahari sudah mula melabuhkan tirai. Walau apa pun, raya kali ini memberi seribu satu pengalaman bermakna buat kami.

Buat sahabat-sahabatku..



Azmi. Thank you so much for being our driver!! Setelah 9 tahun terpisah, terasa sedikit janggal untuk berbicara dan berkongsi cerita.


Azwin, jadilah lebih peramah. Jangan malu-malu untuk menterjah rumah sesiapa sahaja!! Huu~

Marina. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan. Tali persahabatan yang kita jalin sudah pun manjangkau usia 15 tahun sememangnya amat bermakna. Cukup bermakna. Segala kenangan bersama di kala zaman kanak-kanak masih segar dalam ingatanku. Terima kasih atas segalanya.

~N~