Alhamdulillah. Pada petang ini saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama sahabat-sahabat seperjuangan.

‘Atikah Zahir
Nur Saedah Ibrahim
Nurul Syuhada Ali
Maryam Jamilah Laharudi
Nurul Hananni ~Tak ingat la nama bapa anda.. Hehe..~

Memandangkan banyak lagi nota yang belum kusentuh untuk test esok, saya hanya mampu meluangkan masa selama 30 minit untuk update blog. *sigh*


2 minit?? 5 minit?? Lima jam??


Kami berbuka puasa secara berjemaah di salah satu restoran di Medan Selera belakang Petronas Puncak Alam 2. Memandangkan hanya satu kedai sahaja yang dibuka, order list amatlah banyak. Kami hanya berbuka dengan air. Walaupun azan sudah lama berkumandang, makanan masih belum menjelma di depan mata.

Nak dijadikan cerita, semasa azan bagi kawasan Kuala Lumpur disiarkan di kaca televisyen, kami hanya mampu menunggu azan dihabiskan. Ini memandangkan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Puncak Alam adalah kira-kira 2 minit lebih lambat berbanding Kuala Lumpur.

Tiba-tiba..

Saya: Tunggu azan habis dulu kot. Sini kan lambat 2 minit.
Yam: Eh! Kita lambat 5 minit dari Mekah kan.
‘Atikah: Weh! Bukan ke kita beza dengan Mekah 5 jam?

Hohoho!! Hampir serentak semua ketawa.

Habis tu Tikah.. Nak buka puasa pukul 12 ke??


Appetizer untuk 6 orang.. (*.<)//

Kami kemudiannya bergili-gilir menunaikan solat Maghrib di surau yang disediakan.
Makanan masih juga belum tiba. Perut sudah semestinya mula berkeroncong, memainkan lagu tanpa irama.

Tiba-tiba lagi..

Saya: Eh! Ada bawak makanan. Nak tak kita share?

Lantas saya mengeluarkan “CRISPY 12g”!!

Huahuahua!! ~Hampeh! Kena gelak la plak.

Memang kaw kaw kena gelak. Dorang ingatkan apa la tadi.

Yam berkata: “Kalau CRISPY yang besar tu boleh la jugak. Ni ciput jek.”

Hehehe.. Boleh je kan share. SHARING IS CARING. Kan? Kan?

Dengan itu, sekian sahaja ceritera untuk saat dan ketika ini.

.::. Preparing myself for 2 tests tomorrow! Wish me best of luck.::.
Salam.

~N~

0830-0930
Test PHR 553: Pharmaceutical Material and Product Characterization
Part Mr Tommy Julianto sahaja (Particle Size Reduction)
MCQ & Essay

0945-1045
Test PHR 551: Applied Therapeutics in Infectious Disease & Neoplastic Disorders
Part Dr Nahlah Elkudssiah sahaja (Psoriasis & Eczema)
10 statement (T/F)

1045-1045
Test PHR 551: Applied Therapeutics in Infectious Disease & Neoplastic Disorders
Semua topics selepas Test 1
Essay

1145-1245
Briefing regarding Hospital Attachment, by Prof Mansor Manan..

1400
Class PHR 552 with Dr The Lay Kek
Merangkap kelas terakhir untuk semester 7!! (>.<)//


Venue:
TEST: Exam Hall 4, FF2
CLASS: DK 9, FF4

Selamat berjuang sahabatku!!

~Bukan mudah melukis pelangi di langit tertinggi.. Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari~

Rumahku yang kuhuni sejak lahir merupakan tapak rumah datuk dan nenekku sebelah emak. Maka, secara tidak langsung, di situlah juga kampung halaman bagi seluruh keluargaku sebelah emak. Dengan itu, hari raya pertama, kedua dan ketiga sememangnya saya dengan paksa rela menjadi ‘bibik’. Adakalanya kira-kira 30 orang tetamu memenuhi ruang tamu rumahku. Ruang tamu atas.. Ruang tamu bawah.. Penuh!! Fuh! Penat tapi puas.

Pada hari raya keempat, episod untuk saya meraikan tetamu dihentikan seketika bermula tengahari hingga ke petang. *thanks mom!* Hehe. Peluang yang tersedia saya gunakan semaksima mungkin. Walaupun jalan sangat-sangat sesak (keadaan biasa di Kelantan pada musim raya), saya tekad untuk berkunjung ke rumah sahabat lama.

Perjalanan ke destinasi pertama bermula usai Zuhur. Saya dengan riang rianya menuju ke rumah salah seorang teman baik, Rosmarina Mohd Yusoff. Di kala saya baru sahaja ingin menjamah hidangan, dua teman seperjuangan Sekolah Kebangsaan Tiong (sekolah rendah kebangganku!) tiba. Khairul Azwin Mohd Noor, walaupun kini sama-sama menuntut di UiTM Shah Alam, baru sekali saya bertemu dengannya. Seorang lagi, Mohd Azmi Ibrahim, setelah 9 tahun kami dipisahkan, akhirnya kami bersua kembali.

Sembang punya sembang. Masing-masing masih belum mempunyai destinasi seterusnya untuk dituju rupa-rupanya. Akhirnya, kami menemui kata sepakat. Jom serang rumah Cikgu Shamsiah!! Guru matematik kesayanganku. Kami berempat menuju ke rumah beliau melalui jalan kampung bagi mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Sejam lebih kami meluangkan masa di rumah beliau. Almaklumlah, sudah 9 tahun tidak bersua. Pelbagai memori silam dibangkitkan kembali.

Di rumah beliau, kami mengusul pelbagai perkembangan terkini tentang guru-guru dan sahabat-sahabat lama. Antara insan-insan terpilih yang dibincangkan: Teacher Tengku Hasnah Tuan Pa, Cikgu Maizura Hamzah, Cikgu Baharuddin, Ustazah Naimah, Ahmad Nazlan (anak Ustazah Naimah).. Ops! Hehe. Ada cerita menarik tentang sahabatku yang pemalu ini. Semoga hubungan kalian diberkati Allah. ~Jangan lupa kirim kad pink wangi-wangi ye Nazlan!~

Seterusnya, demi menjejaki Cikgu Maizura Hamzah, kami berusaha mendapatkan maklumat tentang beliau di rumah Teacher Tengku Hasnah. Hanya berpandukan petunjuk yang diberikan oleh Cikgu Shamsiah: Rumah pagar batu, tepi jalan, warna kuning. That’s all. Pening betul cari rumah orang yang tak pernah kami jejakkan kaki.

Akhirnya, setelah hampir 30 minit kami berlegar-legar di jalan sama, Alhamdulillah terjahan kami mengena. Rumah Teacher Tengku Hasnah berjaya dijejaki. Sepanjang kami berada di rumah beliau, pelbagai cerita dan pengalaman telah beliau sampaikan. Tentang kerenah dan keletah para pelajar zaman sekarang. Juga tidak ketinggalan, tentang bekas pelajarnya, merangkap bekas rakan sekelas kami, Zaid! Hehe. Diam-diam ubi berisi ye.

Sementelah itu, kami meminta diri. Kami selamat tiba di rumah masing-masing tatkala matahari sudah mula melabuhkan tirai. Walau apa pun, raya kali ini memberi seribu satu pengalaman bermakna buat kami.

Buat sahabat-sahabatku..



Azmi. Thank you so much for being our driver!! Setelah 9 tahun terpisah, terasa sedikit janggal untuk berbicara dan berkongsi cerita.


Azwin, jadilah lebih peramah. Jangan malu-malu untuk menterjah rumah sesiapa sahaja!! Huu~

Marina. Tiada apa yang mampu saya ungkapkan. Tali persahabatan yang kita jalin sudah pun manjangkau usia 15 tahun sememangnya amat bermakna. Cukup bermakna. Segala kenangan bersama di kala zaman kanak-kanak masih segar dalam ingatanku. Terima kasih atas segalanya.

~N~

Kasih Sayang Adik dan Kakak
www.iLuvislam.com
by: meezwan

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.

Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti." Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik.

Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.

Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." "Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." "Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Adakah kita sanggup sungguh2 berkorban untukNYA sbg bukti cinta dan kasih kita? fikir dan renungkan..

1 Syawal 1430H..



Merupakan pengalaman kedua beraya tanpa abah di sisi..



Alhamdulillah.. Kami sekeluarga diberi kesempatan untuk menziarahi pusara ayahanda tercinta..



Zarif bersama TokMa berdoa di pusara TokBah..


Tiba-tiba terkenangkan kenangan bersama arwah abah..Seorang lelaki yang sangat sangat sangat penyabar.. Sangat sangat sangat pemaaf..


Buktinya.. Seingatku.. Sepanjang hayatku, hanya sekali aku dimarahi abah..
Sumpah!! Hanya sekali.. Itu pun, aku yang gatal nak ulang balik lawak yang arwah abah buat..


Nak dijadikan cerita..


Pada suatu petang.. Kami melepak depan TV.. Ada la seorang ahli politik pada zaman tu bagi ucapan..Pastu, aku sejujurnya memang langsung tidak mengenali siapa wanita tersebut..


"Abah, tu siapa?" directly aku bersuara..


"Alah.. Tu pun tak kenal.. Rumah dia kan belakang rumah kita ni je dulu.." abah cuba menduga akalku barangkali..


Penat aku memikirkan.. "Siapa la makcik ni.."


Last-last.. "Hahaha".. Boleh pulak abah aku gelak.. Rupa-rupanya dia saja nak kenakan aku..


Huh! Hidup-hidup kena tipu..Aku punya la percaya sebab sememangnya ada beberapa orang dari kawasan kampungku yang menjadi ahli politik..


Akhirnya, abah menerangkan siapakah sebenarnya wanita tersebut.. Kali ni, penjelasannya adalah fakta, bukannya auta!!


Beberapa hari kemudian..


Di kala kami sama-sama menonton TV.. Tiba-tiba ada la seseorang wanita ni bagi ucapan kat TV.. Sememangnya aku tidak mengenalinya..


"Eh, abah! Makcik ni.. Rumah dia belakang rumah kita kan dulu?" aku mengulangi skrip yang pernah abah pernah ungkapkan..


"Hish! Mana ada.. Pandai-pandai je.. Bla.. Bla.. Bla.." bebelan diteruskan..


Huk.. Huk.. Huk.. Padan muka aku!! Sape suruh buat lawak bodoh time abah bukan nak berlawak..Tak pasal-pasal aku kena bebel masa tu.. Terus je mood tengok TV hilang..


Bengkek kejap.. Tapi, bila ingat-ingat balik.. Lawak pun ada..Biasa la zaman kanak-kanak.. Tak pandai nak buat lawak sendiri, tiru lawak orang..Last-last, diri sendiri yang kena.. Hehe..


Itulah SATU-SATUNYA peristiwa yang abah memarahiku.. Mm..




Gambar kenangan arwah abah, Yusoff Mat Hussin.. Al-Fatihah..

“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!” jerit Haji Ahmad dari kereta.

Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.

Kilat berdentum di langit, tanda beratnya awan menanggung beban.

Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.

“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah” kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.

Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.
Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!

Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.

Tentulah sayang!

Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!

Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.

Sesungguhnya…
Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.
Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.

Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” [Hadith Riwayat Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com 68000 AMPANG

Rentetan pengembaraan hidup yang memenatkan.. Tp happy ending..


16 Sept 2009

2200 - balik tarawih.. Pengalaman terakhir tarawih berimamkan Ustaz Iqbal..
2220 - settlekan ngn Dr Nahlah psl pertukaran hospital practical.. Hosp Selayang -> HTAR, Klang..
2300 - start packing barang.. tiba2 decide balik umah lea mlm ni gak.. sbb nk g htar awal pagi esok..
2320 - memulakan perjalanan ke Sec 27, Shah Alam..


17 Sept 2009

0030 - Alhamdulillah selamat tiba di rumah lea..
0230 - baru leh beradu..
0500 - sahur..
0630 - bersiap utk ke HTAR..
0700 - perjalanan ke HTAR dimulakan..
0730 - selamat tiba di HTAR..kami dengan jayanya tidur atas kereta.. ngantok yang amat..
830 - start screen prescription January 2009
1030 - mau pulang sudah.. Lea.. wat keje leklok ye..
1100 - setled park kereta di Kolej Melati..
1200 - naik komuter di Padang Jawa menuju ke Seremban..
1430 - Seremban.. Here I am!
1635 - Memulakan perjalanan ke Kelantan.. Balik kampung!! Hoho!! Balik kampung!!
1645 - Beli makanan berbuka di Bazar Ramadhan Ampangan
1700 - Meneruskan perjalanan.. "Bila nak sampai kampung ni?" Skrip ulangan Zarif Aiman..
1913 - Berbuka di atas kereta di sekitar Ampang.. Aduyai.. X sabar nk tggu R&R..
2030 - Kereta selamat mendarat di Petronas Bentong..
Jamak Qasar Maghrib Isyak.. Isi perut.. Amik air free.. Roti free.. Zarif mandi..
2145 - Meneruskan perjalanan menuju Negeri Serambi Mekah.. =)
Bentong-Raub-Benta-Kuala Lipis-Merapoh.. Jalan ada gak jam..


18 Sept 2009

0111 - selamat tiba di Gua Musang.. Stop di Petronas Gua Musang.. Jalan agak penuh ngan kereta..
0400 - Bersahur di gerai depan SMK Kuala Krai.. Nasi putih + ayam goreng..
0535 - Selamat tiba di kampung halaman.. desa tercinta..

Alhamdulillah.. 13 hours journey completed!! Serik ngan pengalaman 16 hours masa balik raya suatu ketika dahulu.. =S

Hari ni, mak dah start buat "tapai".. Bungkus2 ngan daun pisang..
Esok nak buat ketupat plak.. Daun palas dah tersedia.. Suka2..
Si Zarif potpet potpet bising tuntut hadiah birthday.. g beli lori Ben 10 jap..
Then g bazar jap.. beli cendol n 'air tuak'.. Sluurrrppppp!! dah lama sgt3 x minum 'air tuak'..

Kesimpulannya.. Bahagia betul dok kampung.. Daa.. Tak larat nak type..

p/s: xsempat nk upload gambar2 berkaitan.. Tenet slow.. ~Nnt saya edit + upload lenkali~ InsyaAllah..

~N~

Hari ni.. 26 Ramadhan 1430H.. 16 September 2009..

Petang ni hujan yang amat lebat.. Kabus tebal memenuhi ruang angkasa bumi Puncak Alam..
Putih je.. Tak nampak pape bangunan.. Juz nampak pokok yang paling dekat..

Hujan lebat.. Kabus tebal.. ~My room view~

Kabus kian menghilang..

Mm.. Petang ni merupakan kali terakhir aku berbuka puasa di bumi bertuah.. Bumi Puncak Alam..
Mungkin juga kali terakhir untuk sepanjang hayatku.. Lepas ni dah x merasa kot suasana berbuka di Puncak Alam ni..
~Except datang study sini lagi afta this~

Ramadhan kali ni jugak merupakan Ramadhan terakhir sebagai student.. ~Except klu sambung study lagi~
Tahun depan dah berpuasa sebagai 'ex-student'.. InsyaAllah semoga diberi peluang untuk terus bernafas
sehingga detik itu..

Petang ni plan nk g berbuka di Puncak Alam Corner.. Nak g bazar Ramadhan Puncak Alam..
Lepas ni ada kemungkinan untuk rindu bazar Puncak Alam yang almost every day dikunjungi..
Bakal rindu bazar Rafflesia.. ~walaupun sempat pegi beberapa kali je..
Bakal merindui bazar Meru juga.. ~sempat pegi sekali je smalam.. tu pun sebab dari Tesco Setia Alam..

Tiba-tiba sedih plak.. Terharu.. Tak tau nak describe camne..

Anyway.. Baru perasan.. 2 kali roomate ngan Azilea Ghazalli.. 2 kali la Ramadhan bersama Lea..
Part 3: 4A-01-29, Kolej Melati, UiTM Shah Alam.. ~Ramadhan 1428H..
Part 7: A2305, Kolej Angsana, UiTM Puncak Alam.. ~Ramadhan 1430H..

Azilea Ghazalli..
TQ for being my roomate for 2 semester..
TQ for being my co-pilot for this whole semester..
TQ for being my business partner sometimes..
TQ for being my friend..
TQ for everything..
TQ Lea..

Pinggan Untuk Ayah

Source: http://www.iluvislam.com/
oleh: Ruzaini*

Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama.

Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.


~Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan~

Assalamualaikum..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa lima orang pelajar Part 1 Fakulti Farmasi, UiTM Kampus Puncak Alam terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada pagi ini.

Lokasi kejadian: Selekoh berdekatan roundabout terakhir sebelum tiba ke kolej (Roundabout Labu Sayung).

~ 2 mangsa dikatakan agak teruk.. Syukran & Asyraf..

Justeru, satu majlis solat hajat dan bacaan Yaasiin akan diadakan pada hari ini.


MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIIN

TEMPAT: DEWAN SOLAT UTAMA, KOLEJ ANGSANA
MASA: SELEPAS TARAWIH SEBELUM WITIR

TABUNG DERMA AKAN DISEDIAKAN.

Sebar-sebarkan.

Harap maklum. Terima kasih.

Diharapkan agar pelajar terlibat selamat. InsyaAllah.
~Dah nak raya ni.. =S

Assalamualaikum sahabat2..

Esp warga Part 7, Bachelor of Pharmacy (Hons), Faculty of Pharmacy, UiTM Puncak Alam..

Regarding Past Year Questions PART 7 (hard copy)..

Compilation of Part 7 Past Year Questions are now available..

Kepada sesiapa yang berminat, sila kunjungi Clear Photocopy, Level 2, FF 2.. (Sebelah RGV)..

Saya akan tinggalkan 1 copy di sana, fotostat la sendiri yek..

Maybe esok kot saya gi tinggalkan 1 copy tu.. InsyaAllah.. Sebarang kekurangan, sila maklumkan..

Sebar-sebarkanlah ye..


Anyway..

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:

“Allah will help a person so long as he helps his brothers”
(Muslim)



~N~

Hari ni, 22 Ramadhan 1430H bersamaan 12 September 2009…

Kami berbuka puasa beramai-ramai lagi.. Hari ni dengan Fia, Nini, Sayangku Aini & Rosnani.. Pura Cendana sebagai destinasi pilihan..

Fia? Nini? Teman seperjuangan di kala final exam tiba..
Dari semester berapa lagi ntah, kami akan rapat yang amat bila tiba time exam. Biasanya masa study week, kami bertiga sememangnya akan ke sana ke mari bersama.

Nini!! Sem ni kita nak fotostat free kat mana yek? Tak jumpa2 pun lagi mesin fotostat faculty yang pakai password tu.. Hehe.. Wahai admin Faculty of Pharmacy, mintak maaf yek.. Kami pernah menggunakan mesin fotostat berpassword itu.. Halal jla ek.. ;-) Beberapa helai jek sempat.. Huu..

Mm..

Biasanya kawan-kawan, time gembira bersama, tapi time sedih menghilang pula..
Tapi kami.. Time gembira sepanjang semester, jarang sangat nak bersama..
Tapi bila tiba part syahdu, cuak, lampi etc masa nak exam, barulah kami bersua kembali..


Frederick L. Collins said:

‘There are two types of people- those who come into a room and say, “Well, here I am!” and those who come in and say, “Ah, there you are.”


Renung-renungkanlah kita berada di pihak mana.. “Here I am” atau “There you are” types..

Sebut pasal exam ni, rindu plak Fakulti Farmasi di UiTM Shah Alam.. Rindu Room with a Global View (RGV) aka rumahku masa exam.. Rindu Cafe 5.. Cafe 4.. Cafe 3.. Rindu Perpustakaan Tun Abdul Razak 4) PTAR 4.. Rindu Dataran Cendekia (DC)..

Walau apa pun, bersyukur kerana sempat dipindahkan ke sini..
Alhamdulillah sedikit ‘terpelihara’ dalam segala aspek..
Bermusafir di Puncak Alam mengajar kita untuk menghargai segalanya..



Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Dengan izinNya, akhirnya kami dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama di KFC, Tesco Setia Alam..

11 September 2009 bersamaan 21 Ramadhan 1430H..

Malam tu berbuka puasa dengan kawan-kawan fast track PH 110 Intake 2004. Walaupun sekarang kita sekelas, kita sekolej, kita sekampus, namun masa memisahkan kita.. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing..

Enjoy jek makan ramai2.. Main lawan2 sape abis cheesy wedges dulu.. Nad!! We are the winner, ayte? Zaza n Elle, kamu kalah.. =p

Nad!! Tengkiu belanjaku.. Ngeh3..
Ezzati aka Zaza!! Tengkiu jadi driver masa nak balik Puncak Alam..
Fally!! Tengkiu jadi driver masa nak gi Tesco Setia Alam..
Nisa!! Tengkiu dok sebelah aku.. Tatau nk cakap pasal apa.. =S
Fatin!! Tengkiu mengatakan bajuku macam pelangi.. =p
Elle!! Tengkiu dok depan aku.. Sowy tpaksa mengalahkan anda dalam perlawanan itu..
Lagi sorang? Owh..
Huda aka Sasom.. Tengkiu for being my roommate masa Part 1.. 4B-06-38, Kolej Melati.. ~Nak cakap gak walau takde kaitan.. =)

So..

Kesimpulannya.. Moral of the story..

“Whoever believes in Allah and the Last Day should maintain good relation with his kindred”
(Al-Bukhari and Muslim)


~N~

Berfirman Allah Taala yang bermaksud:

"Barang siapa yang berpagi-pagi dengan perasaan dukacita terhadap kehidupan dunianya, soelah-olah dia itu berpagi-pagi dalam keadaan memarahiKu. Barang siapa membantah atas musibah yang Aku timpakan kepadanya, sesungguhnya dia telah membantahKu."

(Petikan Hadis Qudsi, Kitab Imam al-Ghazali: al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah)

Renung-renungkanlah..

Source: Destinasimu Destinasiku..

MAYAT BACA YASIN.."Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la.... tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah....Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam.Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan saya semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah... .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya..

Datangnya..

Datangnya Subuh adalah pasti selepas malam berakhir..
Sepertimana..
Datangnya kesenangan adalah pasti selepas kesusahan berakhir..

14 Ramadhan 1430H.. Bersamaan 4 September 2009..


MALAM PULA BERTAMU..

Allahuakbar! Allahuakbar!

Azan sayup-sayup kedengaran, menandakan masuknya waktu Maghrib bagi kawasan Puncak Alam. Tatkala 14 Ramadhan 1430H melabuhkan tirai, acara tradisi berbuka puasa secara berjemaah bersama sahabat-sahabat dilaksanakan di A2307, Kolej Angsana. Rezeki daripada Allah dikongsi bersama ‘Atikah, Rosnani, Syaheeda & Akma. Saat-saat manis sebegini sudah pasti akan dirindui suatu ketika nanti. Kenangan terindah dikala teman-teman sentiasa disisi dalam mengharungi pengembaraan menuju Ilahi.

Allahuakbar!! Allahuakbar!!

Laungan azan Isyak kedengaran dari ‘Masjid Angsana’. Tanpa berlengah, saya, ‘Atikah dan Syaheeda bergegas mengorak langkah. Kami bersama sahabat-sahabat lain menapak langkah demi langkah melintasi tiga blok asrama, mendekati lokasi azan dilaungkan. Semoga ibadat kami diterima, diberkati dan diredhai Allah, InsyaAllah.

Setibanya di ‘Masjid Angsana’, separuh bahagian berkarpet sudah dipenuhi jemaah. Saya dan ‘Atikah menggunakan strategi biasa, sekadar ‘bertenggek’ di hujung saf barang seminit dua. Sedang saf dirapatkan sejurus sebelum Imam mengangkat takbir, kami akan sama-sama berusaha menyelitkan diri di celah-celah keramaian. Alhamdulillah, buat kesekian kalinya kami berjaya mendapatkan tempat di saf pertama (Dengan izinNya). Terima kasih Ya Allah kerana sudi mendengar permintaan kami. Segala puji bagiMu Ya Allah.


BULAN SUDAH PUN MENGAMBANG..

Seusai solat Tarawih, kami berjalan seiringan ke kolej. Sedang rancak bersembang.. Subhanallah! Maha Suci Allah. Indah sekali bulan mengambang di balik awan. Antara jaga dan lena, sudah genap dua minggu Ramadhan dilalui. Tanpa disedari jua, semakin bertambahlah usia kita, semakin meningkatlah umur kita.

Namun, sedarkah kita.. Semakin lama hidup di dunia, semakin berkurangan sisa umur yang masih berbaki. Sebagai contoh, andaikan umur yang tertulis untuk kita hanyalah lima dekad. Jika sekarang kita sudah berada di dunia selama dua dekad, ini bermakna hanya tiga dekad lagi yang sempat kita lalui. Itu pun kalau tiga dekad masih berbaki, kalau hanya tiga purnama lagi? Atau hanya tiga hari lagi? Atau tiga jam lagi? Atau mungkin sahaja tiga minit dari sekarang..

Sudah bersediakah kita dengan segala bekalan yang bakal dibawa bersama?
Sudah cukupkah segala amal ibadat yang kita laksanakan?
Sudah melimpah ruah kah sedekah yang kita laburkan sebagai saham akhirat?

Sesungguhnya, perkara yang paling paling paling hampir dengan kita adalah.. KEMATIAN..

Fikir-fikirkanlah.. Renung-renungkanlah..

~N~

12 Ramadhan 1430H..

PERANCANGAN PERTAMA PONTENG

7.23 pagi..

Tit! Tit!

“Assalamualaikum. Mc Naa, hari ni sape yang ajar? Aci tak kalau tak datang kelas..” SMS daripada Ezzati diterima.

“Mc Naa, pergi kelas tak? Macam tak nak pergi je.” SMS daripada ‘Atikah pula menyusul.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Usai sahur lagi saya sememangnya sudah merancang untuk ponteng kelas sesi pagi itu. Maka, dengan rasa bersalah, kami meneruskan perancangan. Buat-buat lupa akan amanah yang dipikul. Melupakan seketika akan harapan ibu bapa. Maafkan kami. Bebanan kerja yang memaksa kami bertindak sedemikian.

Masing-masing meneruskan agenda, sesi mengkhatamkan nota ‘Particle Size Distribution’ yang diajar oleh Mr Javad Khadem Sameni. Test berkomputer bagi topik tersebut akan diadakan pada tengahari itu.

Pada masa yang sama, kami meneruskan perjuangan bagi menyiapkan slide untuk Industrial Training presentation. Persiapan terakhir dilakukan sebelum tibanya sesi presentation pada petang tersebut.

Kehidupan yang bagaikan tidak tersusun membuatkan kami seolah-olah berada di awang-awangan. Tugasan setia menemani. Test setia menanti. Presentation setia menunggu.

Tiba-tiba..

Tit! Tit!

Tit! Tit!

Bertalu-talu bunyi SMS diterima. Kesimpulannya, hampir kesemua SMS berbunyi:

“Salam. Dr Wong suruh kitorang call orang yang tak datang kelas. Dia suruh datang jugak. Dia mengamuk. Macam badmood je dia ni”

Lantaran itu adalah cubaan kali pertama ponteng kelas, kami mengambil keputusan untuk tidak menghiraukan segala provokasi yang diterima. Kami nekad tanpa memikirkan ‘bala’ yang sedang menanti.


TUGAS PENGAWAS BAKAL BERMULA

Dipendekkan cerita, semua pelajar yang ponteng kelas Dr Wong pada pagi tersebut dikehendaki hadir ke bilik beliau pada jam 5.00 petang, pada hari yang sama. Kami menurut perintah. Tepat jam 5.00 petang, seramai 24 orang daripada 40 orang pelajar yang ponteng sudah mula memenuhi ruang legar di hadapan bilik Dr Wong. (Ramainya!! Memang logik untuk membuatkan Dr Wong mengamuk.)

Walaupun setelah 30 minit berlalu, semua ‘pesalah’ masih tetap setia menunggu. Akhirnya, Dr Wong Tin Wui yang dinanti-nanti muncul kira-kira pada jam 6.00 petang. Kehadiran ‘pesalah’ disemak. Sesi ‘ceramah keinsafan’ dimulakan dan tugasan diberikan. Tanggung jawab baru dipikul dalam terpaksa. Dalam erti kata lain, punishment!

‘Pesalah’ diarahkan untuk menyiapkan satu proposal ‘Punctuality Campaign 2009-2010’ yang mana wajib dihantar pada jam 7.00 petang tersebut. Ingatkan sekadar menyiapkan proposal, namun kami juga diarahkan menjadi ‘pengawas’ untuk merealisasikan segala strategi dalam usaha mencapai objektif yang dikemukakan dalam proposal tersebut.

Ingin tahu objektif ‘pengawas’?
Ingin tahu apa perancangan ‘pengawas’?
Ingin tahu strategi yang bakal ‘pengawas’ laksanakan?
Mungkinkah ‘pesalah’ yang bakal menjadi ‘pengawas’ akan terus dinaikkan pangkat menjadi ‘pengawal’?
Nantikan kisah selanjutnya…

Apa yang pasti, sekiranya proposal tersebut diluluskan, maka selagi anda bergelar pelajar Fakulti Farmasi UiTM Kampus Puncak Alam, selagi itulah anda akan turut sama terkena tempias strategi kami. Nantikan!!

~Proposal masih dalam pertimbangan Prof Dr Aishah Adam, Dean Faculty of Pharmacy, UiTM Puncak Alam Campus.

If you have much, give your wealth.. If you have little, give your heart..

Related Posts with Thumbnails