Nampaknya kehidupan minggu ini sentiasa dibayangi wajah Mr Hadi, pensyarah yang bertubuh sasa berkumis tebal berhidung mancung. Perbincangan Case Based Learning (CBL) pada hari Isnin bersama Mr Hadi. Tutorial pada hari Rabu bersama Mr Hadi. Kuliah pada pagi Khamis pun disampaikan oleh Mr Hadi. Pembentangan CBL pada tengahari Khamis juga dilaksanakan di hadapan Mr Hadi. Apa lah nasib..

PERBENTANGAN PENUH MAKNA
Tepat jam 10.30 pagi Khamis, bersamaan 6 Ramadhan 1430H..

“Assalamualaikum. I’m Wirdiana Yusoff. Today we are going to present Case 1: Dyslipidemia and Obesity” saya selaku first presenter memulakan bicara.

“Louder please. I can’t hear you.” Lantang suara Mr Hadi dari sudut belakang kelas.

Aduyai!! Belum apa-apa lagi dah kena..

Sekali lagi saya ulangi skrip yang sama. Kemudian, sesi pembentangan diteruskan.

“Fisrt of all, definition of dyslipidemia. Dyslipidemia is an elevated of total cholesterol…..” saya mengambil nafas sebelum menyambung ayat seterusnya.

Namun..

“What is total cholesterol?” Tanya beliau menguji kefahaman.
“Total cholesterol consist of Low-density Lipoprotein cholesterol (LDL-C), Triglycerides (TG) and also High-density Lipoprotein cholesterol (HDL-C)” saya cuba menjawab meskipun kurang yakin.

Saya meneruskan pembentangan..
“Dyslipidemia is an elevated of total cholesterol, LDL and also TG….” Saya cuba menghabiskan ayat.

“What is the function of LDL?” beliau bertanya.
“LDL is such a lipoprotein which transport the cholesterol from the liver to the cells” soalan kedua daripadanya masih mampu dijawab.

“Function of TG?” Saya terpaku. Saya terkedu. Soalan yang tiada jawapan. Sungguh! Saya tidak menghafalnya. Saya cuba meminta bantuan daripada rakan sekumpulan. Mungkin mereka mengetahuinya.

Hampa. Speechless. Tiada sebarang pertolongan dapat dihulurkan.
………………………………………………………………………………………….......

PENGAJARAN TERSIRAT
Sekembalinya ke kolej, peristiwa tengahari itu membuatkan saya berfikir. Saya termenung dan merenung.

“Sekarang di dunia, soalan macam tu pun kawan-kawan dah tak mampu nak tolong jawabkan, apatah lagi di akhirat? Sempatkah kawan-kawan kita meluangkan masa membuat persediaan bagi pihak kita?” saya bermonolog sendirian.

“Kalau tadi, aku bersama kawan-kawan. Paling tidak, boleh lagi bertanyakan mereka. Kalau di alam kubur nanti? Masing-masing bersendirian tanpa berteman.” saya terus bermonolog memikirkan hikmah di sebalik peristiwa tersebut.

Saya berfikir dan terus berfikir. Cuba muhasabah diri. Cuba menterjemahkan hikmah yang ingin Allah sampaikan kepada saya. Moga kita semua dapat mengambil pengajaran untuk kesejahteraan bersama. InsyaAllah. ~N~