Kelas tutorial yang sebenarnya hanya diadakan pada 8.30 – 10.30 pagi, akhirnya terpaksa disambung pada 2.00 – 4.00 petang. Semuanya gara-gara ‘kami pelajar bertuah’ tidak menyiapkan tugasan tutorial yang sudah diberi seminggu yang lepas. Bertuah sungguh ‘kami’!!

Permulaan kelas di awal pagi dimulakan dengan suasana ceria dan gembira. Walaupun tugasan yang diberikan hanya 10% siap. Disangkakan Mr Lee Wee Leng yang bakal masuk ke kelas, kami boleh dikatakan langsung tiada rasa takut atau gelabah.

“Takpe, nanti Mr Lee yang tolong buatkan soalan ni”

“Alaa, takpe.. Mr Lee kan rajin. Nanti dia tulis la jawapan kat ‘whiteboard’. Takdenya dia nak tanya-tanya kita.”

Begitulah kami.. Sangat ‘positive thinking’ dalam menghadapi apa jua keadaan..

Tup! Tap! Tup! Mr Hadi is coming!!

Senyuman terus-menerus terukir di bibir masing-masing. Senyuman penuh makna. Lebih tepat lagi, tawa dalam derita. Otak kami sudah mula bersedia untuk ‘dibasuh’ oleh Mr Hadi, seorang pensyarah yang berdedikasi yang merantau jauh dari bumi Arab.

Namun, tiada kata-kata yang mengguris hati dilafazkan..
Hanya sekadar teguran yang bisa menusuk sukma..
Secebis pesanan buat anak didik agar tidak tersasar dari landasan..
Seuntai kata-kata peringatan yang mendorong kami untuk terus berjuang..

Kelas tutorial berjalan seperi biasa. Mr Hadi berjaya membuatkan sesi tutorial amat bermanfaat buat kami semua. Informative & effective, that’s the word! Mana tidaknya, hanya SATU soalan yang berjaya dibincangkan sepanjang tempoh 2 jam!

Sementelah selesai sesi tutorial, ‘kami pelajar bertuah’ terus bergegas ke Dewan Kuliah 9, FF4. Soalan ‘test’ untuk subjek PHR 550: Applied Therapeutics in Cardiovascular & Pulmonary Disorders setia menanti. Ms Jesmin Permala Das yang sarat mengandung sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi ujian.

Alhamdulilah, ‘kami pelajar bertuah’ mampu manjawab soalan yang dikemukakan seadanya. Usaha sudah, buat pun sudah, tawakkal jelah..

Masa yang terluang sementara menunggu masuknya waktu Zuhur kami gunakan sepenuhnya bagi menyiapkan soalan tutorial yang telah dibincangkan pada padi tadi.

Di kala sahabat-sahabat seperjuangan sedang bersenang-lenang di rumah masing-masing, kami terkial-kial menjawab pelbagai soalan ‘cepu-cemas’ daripada Mr Hadi. Bagaikan peluru berpandu menghujani. ‘Kami pelajar bertuah’ diserang bertubi-tubi sepanjang kelas tutorial sesi petang. Berkat kesabaran, akhirnya sesi ‘peperangan’ berjaya diharungi.

Penat? Usah dikira.. Namun demikian..

Bertuah sungguh memiliki pensyarah sanggup meluangkan masa untuk anak didiknya. Meskipun kami bukan sebangsa, namun apa yang penting kami seagama. Kami masih berpegang pada kalimah syahadah yang sama.. Hidup berlandaskan akidah yang sama.. Mengadap kiblat yang sama..

Mr Muhamad Abdul Hadi.. Terima kasih tidak terhingga kerana sanggup melapangkan masa bagi berkongsi ilmu di dada. Allah sahaja yang mampu membalas jasamu.. Semoga hidupmu sentiasa dipayungi rahmat dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.


Untuk renungan bersama..

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:

“Allah will help a person so long as he helps his brother” (Muslim)

~N~