Sepanjang hari, dari pagi ke tengahari, dari tengahari ke petang, telinga saya menadah siaran ulangan teks ‘Public Speaking’ daripada ‘Atikah Zahir, seorang insan yang benar-benar layak dianugerahkan sahabat sejati dalam hidup saya. Thanks for being my friend, ‘Atikah!

Hari ini, 26 Ogos 2009 bersamaan 5 Ramadhan 1430H, “Final Round Public Speaking, Faculty of Pharmacy diadakan. ‘Atikah merupakan salah seorang ‘final contestant’ yang bakal bertarung demi menjulang nama ‘5th Batch’ selaku pelajar semester 7 (part 7).

“I don’t know what’s wrong with part 7. I think that the contestants from part 3 & part 5 have performed better. Hope that the representative from your batch can try harder & perform better” Begitulah lebih kurang sari pati kata-kata Mr Hadi dalam kuliah beliau seminggu yang lepas.

Kata-kata yang pernah dituturkan oleh Mr Hadi layaknya dijadikan pendorong semangat. Menyeru supaya usaha yang lebih gigih dipertaruhkan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sedikit sebanyak ia mengganggu konsentrasi sahabat saya ini dalam membuat persiapan.

“Ish! Cuaknya. Takutnya. Dahla Mr Hadi pernah buat statement macam tu” Begitulah antara luahan yang pernah dilafazkan oleh ‘Atikah sejurus sebelum kami sama-sama melangkah masuk ke Dewan Kuliah 7, FF4.

“’Atikah, selawat banyak-banyak” Hanya itu yang mampu saya ucapkan kepadanya sebelum tiba gilirannya berucap di hadapan audiens.

“Girls talk more than boys”.

Begitulah bunyinya tajuk ucapan yang disampaikan. Penyataan ini mungkin betul, mungkin tidak. Namun, ia telah dibuktikan secara saintifik!

Perkembangan bayi lelaki di dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh hormon testosterone. Kesannya, lelaki kurang ‘mantap’ dalam komunikasi, memori dan emosi. Berdasarkan kajian juga, perempuan secara puratanya bercakap sebanyak 20 000 patah perkataan sehari. Berbanding dengan lelaki, hanya berkata-kata secara puratanya 13 000 patah perkataan sehari.

Begitulah antara fakta-fakta yang sempat saya ‘tangkap’ sepanjang mendengar siaran ulangan daripada ‘Atikah.

Akhirnya, dengan berbekalkan persiapan yang rapi, latihan yang berterusan, akhirnya satu persembahan yang mantap telah berjaya dilaksanakan oleh ‘Atikah. Syabas ‘Atikah!! Well done!!

Dipendekkan cerita, di saat nama-nama pemenang diumumkan, gerak hati saya kuat mengatakan bahawa ‘Atikah adalah juaranya. Di kala Anis Izyan selaku pengacara majlis mengumumkan-The Winner is.... 'Atikah Zahir from Part 7!! Kami menjerit kegirangan. Alhamdulillah. Kami memanjatkan syukur kepada Allah.

Tahniah ‘Atikah Zahir!!