Assalamualaikum wbt…

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian..

Apa khabar iman hari ini? Sudah bertambahkah amalan kita di kala 4 Ramadhan 1430H melabuhkan tirainya.. Moga diri kita sentiasa mendapat hidayah daripada Allah agar terus mampu gagah berdiri demi menegakkan agama suci, agama Islam.. Moga seluruh umat Islam sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dariNya..

Memikirkan tentang amalan, teringat pula satu pesanan yang dilontarkan oleh saudaraku suatu ketika dahulu..

“Perkara yang paling aku kesali sekali, apabila terbenamnya matahari, umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah” (Ibn Mas’ud)

Ada kebenaran yang nyata dalam kata-kata tersebut.. Marilah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing.. Apa yang telah dilakukan semenjak mata dicelikkan sejak dinihari tadi.. Amalan apa yang telah kita laksanakan apabila dibangkitkan dari “mati sementara” pada malam tadi..

Apakah kebaikan sudah memadai untuk memadamkan kesilapan? Semoga amal soleh sentiasa mendampingi kehidupan kita yang akan dinokhtahkan bila-bila masa sahaja.. Mungkin esok? Mungkin lusa? Atau mungkin sebelum sempat coretan ini dihabiskan pembacaannya? Segalanya mungkin.. ~N~