Nampaknya kehidupan minggu ini sentiasa dibayangi wajah Mr Hadi, pensyarah yang bertubuh sasa berkumis tebal berhidung mancung. Perbincangan Case Based Learning (CBL) pada hari Isnin bersama Mr Hadi. Tutorial pada hari Rabu bersama Mr Hadi. Kuliah pada pagi Khamis pun disampaikan oleh Mr Hadi. Pembentangan CBL pada tengahari Khamis juga dilaksanakan di hadapan Mr Hadi. Apa lah nasib..

PERBENTANGAN PENUH MAKNA
Tepat jam 10.30 pagi Khamis, bersamaan 6 Ramadhan 1430H..

“Assalamualaikum. I’m Wirdiana Yusoff. Today we are going to present Case 1: Dyslipidemia and Obesity” saya selaku first presenter memulakan bicara.

“Louder please. I can’t hear you.” Lantang suara Mr Hadi dari sudut belakang kelas.

Aduyai!! Belum apa-apa lagi dah kena..

Sekali lagi saya ulangi skrip yang sama. Kemudian, sesi pembentangan diteruskan.

“Fisrt of all, definition of dyslipidemia. Dyslipidemia is an elevated of total cholesterol…..” saya mengambil nafas sebelum menyambung ayat seterusnya.

Namun..

“What is total cholesterol?” Tanya beliau menguji kefahaman.
“Total cholesterol consist of Low-density Lipoprotein cholesterol (LDL-C), Triglycerides (TG) and also High-density Lipoprotein cholesterol (HDL-C)” saya cuba menjawab meskipun kurang yakin.

Saya meneruskan pembentangan..
“Dyslipidemia is an elevated of total cholesterol, LDL and also TG….” Saya cuba menghabiskan ayat.

“What is the function of LDL?” beliau bertanya.
“LDL is such a lipoprotein which transport the cholesterol from the liver to the cells” soalan kedua daripadanya masih mampu dijawab.

“Function of TG?” Saya terpaku. Saya terkedu. Soalan yang tiada jawapan. Sungguh! Saya tidak menghafalnya. Saya cuba meminta bantuan daripada rakan sekumpulan. Mungkin mereka mengetahuinya.

Hampa. Speechless. Tiada sebarang pertolongan dapat dihulurkan.
………………………………………………………………………………………….......

PENGAJARAN TERSIRAT
Sekembalinya ke kolej, peristiwa tengahari itu membuatkan saya berfikir. Saya termenung dan merenung.

“Sekarang di dunia, soalan macam tu pun kawan-kawan dah tak mampu nak tolong jawabkan, apatah lagi di akhirat? Sempatkah kawan-kawan kita meluangkan masa membuat persediaan bagi pihak kita?” saya bermonolog sendirian.

“Kalau tadi, aku bersama kawan-kawan. Paling tidak, boleh lagi bertanyakan mereka. Kalau di alam kubur nanti? Masing-masing bersendirian tanpa berteman.” saya terus bermonolog memikirkan hikmah di sebalik peristiwa tersebut.

Saya berfikir dan terus berfikir. Cuba muhasabah diri. Cuba menterjemahkan hikmah yang ingin Allah sampaikan kepada saya. Moga kita semua dapat mengambil pengajaran untuk kesejahteraan bersama. InsyaAllah. ~N~

Sepanjang hari, dari pagi ke tengahari, dari tengahari ke petang, telinga saya menadah siaran ulangan teks ‘Public Speaking’ daripada ‘Atikah Zahir, seorang insan yang benar-benar layak dianugerahkan sahabat sejati dalam hidup saya. Thanks for being my friend, ‘Atikah!

Hari ini, 26 Ogos 2009 bersamaan 5 Ramadhan 1430H, “Final Round Public Speaking, Faculty of Pharmacy diadakan. ‘Atikah merupakan salah seorang ‘final contestant’ yang bakal bertarung demi menjulang nama ‘5th Batch’ selaku pelajar semester 7 (part 7).

“I don’t know what’s wrong with part 7. I think that the contestants from part 3 & part 5 have performed better. Hope that the representative from your batch can try harder & perform better” Begitulah lebih kurang sari pati kata-kata Mr Hadi dalam kuliah beliau seminggu yang lepas.

Kata-kata yang pernah dituturkan oleh Mr Hadi layaknya dijadikan pendorong semangat. Menyeru supaya usaha yang lebih gigih dipertaruhkan. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sedikit sebanyak ia mengganggu konsentrasi sahabat saya ini dalam membuat persiapan.

“Ish! Cuaknya. Takutnya. Dahla Mr Hadi pernah buat statement macam tu” Begitulah antara luahan yang pernah dilafazkan oleh ‘Atikah sejurus sebelum kami sama-sama melangkah masuk ke Dewan Kuliah 7, FF4.

“’Atikah, selawat banyak-banyak” Hanya itu yang mampu saya ucapkan kepadanya sebelum tiba gilirannya berucap di hadapan audiens.

“Girls talk more than boys”.

Begitulah bunyinya tajuk ucapan yang disampaikan. Penyataan ini mungkin betul, mungkin tidak. Namun, ia telah dibuktikan secara saintifik!

Perkembangan bayi lelaki di dalam kandungan banyak dipengaruhi oleh hormon testosterone. Kesannya, lelaki kurang ‘mantap’ dalam komunikasi, memori dan emosi. Berdasarkan kajian juga, perempuan secara puratanya bercakap sebanyak 20 000 patah perkataan sehari. Berbanding dengan lelaki, hanya berkata-kata secara puratanya 13 000 patah perkataan sehari.

Begitulah antara fakta-fakta yang sempat saya ‘tangkap’ sepanjang mendengar siaran ulangan daripada ‘Atikah.

Akhirnya, dengan berbekalkan persiapan yang rapi, latihan yang berterusan, akhirnya satu persembahan yang mantap telah berjaya dilaksanakan oleh ‘Atikah. Syabas ‘Atikah!! Well done!!

Dipendekkan cerita, di saat nama-nama pemenang diumumkan, gerak hati saya kuat mengatakan bahawa ‘Atikah adalah juaranya. Di kala Anis Izyan selaku pengacara majlis mengumumkan-The Winner is.... 'Atikah Zahir from Part 7!! Kami menjerit kegirangan. Alhamdulillah. Kami memanjatkan syukur kepada Allah.

Tahniah ‘Atikah Zahir!!

Kelas tutorial yang sebenarnya hanya diadakan pada 8.30 – 10.30 pagi, akhirnya terpaksa disambung pada 2.00 – 4.00 petang. Semuanya gara-gara ‘kami pelajar bertuah’ tidak menyiapkan tugasan tutorial yang sudah diberi seminggu yang lepas. Bertuah sungguh ‘kami’!!

Permulaan kelas di awal pagi dimulakan dengan suasana ceria dan gembira. Walaupun tugasan yang diberikan hanya 10% siap. Disangkakan Mr Lee Wee Leng yang bakal masuk ke kelas, kami boleh dikatakan langsung tiada rasa takut atau gelabah.

“Takpe, nanti Mr Lee yang tolong buatkan soalan ni”

“Alaa, takpe.. Mr Lee kan rajin. Nanti dia tulis la jawapan kat ‘whiteboard’. Takdenya dia nak tanya-tanya kita.”

Begitulah kami.. Sangat ‘positive thinking’ dalam menghadapi apa jua keadaan..

Tup! Tap! Tup! Mr Hadi is coming!!

Senyuman terus-menerus terukir di bibir masing-masing. Senyuman penuh makna. Lebih tepat lagi, tawa dalam derita. Otak kami sudah mula bersedia untuk ‘dibasuh’ oleh Mr Hadi, seorang pensyarah yang berdedikasi yang merantau jauh dari bumi Arab.

Namun, tiada kata-kata yang mengguris hati dilafazkan..
Hanya sekadar teguran yang bisa menusuk sukma..
Secebis pesanan buat anak didik agar tidak tersasar dari landasan..
Seuntai kata-kata peringatan yang mendorong kami untuk terus berjuang..

Kelas tutorial berjalan seperi biasa. Mr Hadi berjaya membuatkan sesi tutorial amat bermanfaat buat kami semua. Informative & effective, that’s the word! Mana tidaknya, hanya SATU soalan yang berjaya dibincangkan sepanjang tempoh 2 jam!

Sementelah selesai sesi tutorial, ‘kami pelajar bertuah’ terus bergegas ke Dewan Kuliah 9, FF4. Soalan ‘test’ untuk subjek PHR 550: Applied Therapeutics in Cardiovascular & Pulmonary Disorders setia menanti. Ms Jesmin Permala Das yang sarat mengandung sudah bersiap sedia untuk memulakan sesi ujian.

Alhamdulilah, ‘kami pelajar bertuah’ mampu manjawab soalan yang dikemukakan seadanya. Usaha sudah, buat pun sudah, tawakkal jelah..

Masa yang terluang sementara menunggu masuknya waktu Zuhur kami gunakan sepenuhnya bagi menyiapkan soalan tutorial yang telah dibincangkan pada padi tadi.

Di kala sahabat-sahabat seperjuangan sedang bersenang-lenang di rumah masing-masing, kami terkial-kial menjawab pelbagai soalan ‘cepu-cemas’ daripada Mr Hadi. Bagaikan peluru berpandu menghujani. ‘Kami pelajar bertuah’ diserang bertubi-tubi sepanjang kelas tutorial sesi petang. Berkat kesabaran, akhirnya sesi ‘peperangan’ berjaya diharungi.

Penat? Usah dikira.. Namun demikian..

Bertuah sungguh memiliki pensyarah sanggup meluangkan masa untuk anak didiknya. Meskipun kami bukan sebangsa, namun apa yang penting kami seagama. Kami masih berpegang pada kalimah syahadah yang sama.. Hidup berlandaskan akidah yang sama.. Mengadap kiblat yang sama..

Mr Muhamad Abdul Hadi.. Terima kasih tidak terhingga kerana sanggup melapangkan masa bagi berkongsi ilmu di dada. Allah sahaja yang mampu membalas jasamu.. Semoga hidupmu sentiasa dipayungi rahmat dari Yang Maha Esa. InsyaAllah.


Untuk renungan bersama..

Our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) has said this once:

“Allah will help a person so long as he helps his brother” (Muslim)

~N~

Assalamualaikum wbt…

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian..

Apa khabar iman hari ini? Sudah bertambahkah amalan kita di kala 4 Ramadhan 1430H melabuhkan tirainya.. Moga diri kita sentiasa mendapat hidayah daripada Allah agar terus mampu gagah berdiri demi menegakkan agama suci, agama Islam.. Moga seluruh umat Islam sentiasa mendapat rahmat dan keampunan dariNya..

Memikirkan tentang amalan, teringat pula satu pesanan yang dilontarkan oleh saudaraku suatu ketika dahulu..

“Perkara yang paling aku kesali sekali, apabila terbenamnya matahari, umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah” (Ibn Mas’ud)

Ada kebenaran yang nyata dalam kata-kata tersebut.. Marilah kita sama-sama muhasabah diri masing-masing.. Apa yang telah dilakukan semenjak mata dicelikkan sejak dinihari tadi.. Amalan apa yang telah kita laksanakan apabila dibangkitkan dari “mati sementara” pada malam tadi..

Apakah kebaikan sudah memadai untuk memadamkan kesilapan? Semoga amal soleh sentiasa mendampingi kehidupan kita yang akan dinokhtahkan bila-bila masa sahaja.. Mungkin esok? Mungkin lusa? Atau mungkin sebelum sempat coretan ini dihabiskan pembacaannya? Segalanya mungkin.. ~N~

Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. 'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya."Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu.

Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya."Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.

Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya."Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata."RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Aku menangis kerana tidak berkasut.. Sehinggalah aku bertemu insan tidak berkaki..

Kalau kita tak mampu membahagiakan orang lain..
Jangan pula kita menyusahkan orang lain..

Syurga di bawah telapak kaki ibu..

Semenjak pemergian arwah abah menyambut panggilan Ilahi pada 15 May 2008 (Al-Fatihah buat Allayarham Yusoff Mat Hussin).. Hati saya sering terkenangkan ibu keseorangan di kampung halaman..

Setiap kali tibanya Ramadhan, hati saya terusik..
Setiap masa memikirkan ibu yang kesunyian..
Tanpa anak-anak menemaninya disisi..

Bagaimanakah keadaan ibuku di kala waktu sahur bertandang..
Apakah berselera menjamah makanan yang terhidang..

Bagaimanakah perasaan ibuku di kala azan Maghrib berkumandang..
Apakah mampu ditelan juadah yang disediakan..

Maafkanlah anakmu..
Moga diizinkan Allah untuk menemukan kita di penghujung minggu ini..
Moga saya mampu menggembirakan hati ibu.. Membuatkan ibu bahagia..

Sekadar perkongsian bersama..

Benar.. Memang benar.. Ajal.. Maut.. Kematian.. Sudah pun ditentukan sejak azali lagi.. Tetapi.. Doa yang pernah saya terbaca dalam sebuah buku suatu ketika dahulu benar-benar menyentuh perasaan.. Membuatkan kita berfikir sejenak..

Ya Allah..
Matikanlah aku sebelum aku sempat menderhakai ibu bapaku..
Matikanlah ibu bapaku sebelum sempat mereka diderhakai..

Mungkin kedengaran sedikit kasar..
Tetapi, Sesungguhnya ia membawa maksud tersirat yang besar maknanya..
Mendalam maksudnya.. Menusuk kalbu tafsirannya..

Moga diberi kefahaman oleh Yang Maha Esa..
Moga diberi peluang untuk kita menginsafi diri..
InsyaAllah.. ~N~

Sudah berkurun lamanya kutinggalkan medan perjuangan maya ini..
Hampir 8 purnama lamanya ku biarkan ia ditumbuhi semak samun..

Dek kesibukan alam dunia, lantas aku alpa akan perjuangan alam maya yang terbentang luas tanpa sempadan.. Entah mengapa saat ini, ketika ini, detik ini, tiba-tiba hatiku terdetik untuk menulis kembali.. Lantas, ringan jari-jemariku menari mengikut rentak pemikiran terjemahan akal..

Antara angan dan sedar, usai sudah hari ketiga ibadah puasa Ramadhan dilalui.. Alhamdulillah, kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi.. Syukur yang tidak terhingga buatmu Ya Allah.. Terima kasih kerana masih sudi memanjangkan usiaku untuk bertemu Ramadhan kali ini.. Bulan penuh barakah.. Penuh kemuliaan..

Dikala penghujung Syaaban 1430H.. Seringkali ku terfikir, sempatkah aku untuk mengecap Ramadhan yang bakal menjelma? Adakah umurku akan dipanjangkan sehingga ke penghujung Ramadhan.. Syawal.. Seterusnya?

Ya Allah..
Panjangkanlah umur kami Ya Allah..
Berikanlah kami kekuatan untuk mengharungi sisa kehidupan yang masih berbaki..

Ya Allah..
Kuatkanlah rohani dan jasmani kami Ya Allah..
Moga aku terus Istiqamah dalam mentaati suruhanMu Ya Allah..

Ya Allah, moga kami diberi kekuatan..
Untuk terus berjuang di jalanMu Ya Allah..

Izinkanlah kami berjuang hingga ke akhirnya.. InsyaAllah..

Related Posts with Thumbnails